KUALA LUMPUR 5 Mei - Polis memberi amaran kepada 'Kumpulan 505' yang
aktif menyebarkan artikel melalui media sosial dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) mengajak orang ramai berkumpul di pusat-pusat undi
tertentu sebelum berarak ke Putrajaya hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,
pihaknya sudah mengenal pasti pihak terlibat dan sedang memantau
aktiviti mereka bagi mengelak berlaku kekecohan.
Difahamkan, kumpulan tersebut menghasut orang ramai supaya menyertai
perarakan dari Masjid Putrajaya ke pejabat Perdana Menteri setelah
pusat undi ditutup kononnya bagi meraikan kemenangan jika berpihak
kepada pembangkang. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment