KUALA TERENGGANU 5 Mei - Calon tertua pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13), Maimun Yusuf, 94, terpaksa menumpang jirannya untuk mengundi
di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 di sini.
Maimun atau Tok Mun yang sering menjadi perhatian umum disebabkan
kesungguhannya untuk bertanding buat kali kedua selepas PRU 2008 yang
lalu mengundi kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.
Tok Mun yang bertanding atas tiket bebas bagi kerusi Parlimen Kuala
Terengganu itu berkata, dia terpaksa menumpang jirannya yang menaiki
kereta disebabkan orang yang diupah untuk datang mengambilnya tidak
dapat hadir seperti yang dijanjikan.
"Tok dah upah suruh orang datang ambil dari pukul 9 lagi tapi dia tak
jadi datang. Jadi, mahu tak mahu, Tok kena tumpang orang (jiran) la
yang lalu depan rumah Tok ni," katanya di sini hari ini.
Saingan Tok Mun untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU kali
ini ialah Mohd. Zubir Embong (BN) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Raja Ahmad (Pas). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment