01 March 2013

Takziah Inspektor Zulkiffli Mamat


 

Semoga Rohnya Di tempat bersama para syuhada...Al-Fatihah

Br1m


BR1M2.01. Pendaftaran Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) 2.0 boleh dilakukan secara online atau secara manual. Pemohon yang layak boleh memohon bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermula pada 1 November 2012.
2. Siapakah yang layak untuk memohon BR1M 2.0?
Isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, adalah merujuk kepada :
  • Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Setiap anak yang telah berkahwin dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah, tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa (yang masih bekerja atau tidak ), dikira sebagai satu isi rumah yang berlainan.
Takrif Ketua Keluarga ini merangkumi :
  • Individu yang berkahwin
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara.
Takrif pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada :
  • Pendapatan suami + pendapatan isteri + tanggungan yang masih bujang (jika anak telah bekerja dan tinggal bersama keluarga)
Hanya ketua isi rumah ( mengikut takrif ketua keluarga di atas) sahaja yang layak untuk memohon
Individu Bujang waraganegara Malaysia (21-30), berpendapatan RM 2000 ke bawah, bukan pelajar IPT, layak untuk menerima BRIM RM 250.
3. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika berkenaan) dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
4. Pendaftaran untuk Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 akan berakhir pada 15 Mar, 2013.
Senarai penerima BR1M 2.0 Negeri Sabah kini boleh dimuat turun untuk semakan. Senarai adalah mengikut kawasan parlimen. (BR1M Sabah). Jika link untuk ke website ini access denied, kamu boleh cek mengikut kawasan parlimen masing-masing di blog kawan ni i-Nazminuin.
UPDATE 12 Feb 2013
BR1M RM 250 untuk yang bujang punya boleh cek di pejabat daerah masing-masing.
5. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan BR1M 2.0, anda boleh ke Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau klik sini > SIARAN MEDIA BR1M 2.0.  Emel pertanyaan anda ke br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.
Kepada


Read more: http://sabahluv.com/bantuan-rakyat-1-malaysia-br1m-2-0-cara-memohon-dan-menyemak-permohonan/#ixzz2MICIJb7J

Sabah - Lombong Tembaga Mamut ( Antara Yang Terbesar Di Dunia )


Lombong Mamut satu ketika dahulu.
1. Pada tahun 1975, sebuah lombong tembaga di Mamut, Sabah telah memulakan pengeluarannya. Lombong ini antara yang terbesar di dunia ketika itu. Mamut adalah sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dan ke utara dari Ranau. Kerja-kerja perlombongan yang dijalankan di kawasan ini dikenali dengan cara lombong terdedah.
2. Dalam tahun pertama iaitu 1975, hasil pengeluaran lombong ini ialah sebanyak 21, 613.8 metrik ton yang bernilai $11.5 juta telah dieksport keluar negeri. Adalah dianggarkan kira-kira 122,400 metrik ton pati tembaga (copper concentrates) akan dikeluarkan pada setiap tahun oleh lombong ini.
Mamut sekarang.
3. Tembaga amat berguna dan sesuai sekali terutamanya untuk membuat barang-barang elektrik. Usaha-usaha untuk melombong di kawasan ini telah dikelolakan oleh satu pergabungan antara syarikat-syarikat Jepun dan Malaysia.
4. Industri tembaga di Mamut  terpaksa di tutup kerana berlaku limpahan air bercampur tembaga mengalir ke sawah, merosakkan tanaman dan membunuh haiwan peliharaan dan berhektar-hektar tanah rosak. Akibat pencemaran dari lombong ini, ramai petani yang kehilangan kebun dan rumah. Lombong ini akhirnya muflis kerana terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk terlibat.
5. Bagi yang tidak berkesempatan untuk melihat lombong ini kerana sudah diberhentikan operasinya, anda bolehlah datang ke Muzium Sabah untuk melihat sendiri ruang pameran berkenaan dengan Lombong Mamut ini.
Antara yang dipamerkan di Galeri Pameran Lombong Tembaga mamut.
6. Amat sayang jika kawasan lombong ini tidak dimajukan dan terbiar begitu sahaja. Mungkin jika dimajukan, mana tau jika satu hari nanti, Ranau akan mempunyai tarikan terbarunya, siapa tau.

Orang Kuat Sabah


oks
1. Orang Kuat Sabah is back! You can download the form here (click) if you want to register. The registration fee is RM 250 for Malaysian and RM 400 for foreigner.
Date : 13-14 April 2013
Location : First Beach Tanjung Aru

Misteri Pengait Kepala | Modern Head Hunter ( Mitos )


Gambar Hiasan
1. Sesetengah tempat di Sabah pada masa dahulu pernah kecoh dengan misteri pengait ni. Pengait bermaksud si pemotong kepala.
2. Pada masa itu, kalau tidak silap masa tahun 2000, sebut jak nama pengait ni dimana-mana, mesti keluar cerita misteri pasal diorang culik orang baru potong kepala.
3. Kenapa misteri? Sebab  ceritanya begini. Pengait ni diupah oleh kontraktor projek contohnya seperti projek jambatan, supaya culik seorang budak, potong menyerong supaya dapat ambil kepala dan tangan mangsa, lepas tu kepala tu kena letak dekat ‘piling’, simen bersama-sama struktur tu, supaya struktur tu susah mau roboh dan tahan lama. Kiranya kepala tadi sebagai persembahan kepada penunggu tempat tu.
4. Semasa tahun 2000 tu, memang heboh sebab pembangunan agak rancak di Sabah, terutamanya Jalan Sulaman yang baru kena buat pada masa tu. Saya kira ada 3 jambatan yang kena buat time tu.
5. Masa ni, semua ibu bapa suruh anak masing-masing jangan keluar rumah, jangan layan orang asing dan balik sekolah ramai-ramai jangan balik sendiri. Time tu mau main pun susah, stres juga la.
6. Kalau sudah orang tua berkumpul, mesti ada cerita budak hilang baru-baru ni, tapi tiada juga keluar di surat khabar, dan lagi satu, pengait ni kena sokong oleh kerajaan, tiada guna lapor polis sebab tiada siasatan. Hebat sungguh penangan pengait ni.
7. Kalau tidak silap saya, sampai pernah satu senarai penuh nombor kereta pengait yang ditulis di sehelai kertas dan disebarkan. Jadi kalau ada kereta ni masuk kampung, berjaga-jaga la. Saya perhatikan nombor kereta tu ada juga yang datang dari negara jiran.
8. Betul atau tidak, sampai sekarang saya masi berfikir sama ada benda ini betul-betul terjadi atau hanya khabar angin sahaja. Secara logiknya, jika kepala di’piling’ bersama-sama simen, kalau kepala itu reput, sudah tentu ada lubang dan struktur makin tidak kukuh.
9. Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah. Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu.