01 March 2013

Misteri Pengait Kepala | Modern Head Hunter ( Mitos )


Gambar Hiasan
1. Sesetengah tempat di Sabah pada masa dahulu pernah kecoh dengan misteri pengait ni. Pengait bermaksud si pemotong kepala.
2. Pada masa itu, kalau tidak silap masa tahun 2000, sebut jak nama pengait ni dimana-mana, mesti keluar cerita misteri pasal diorang culik orang baru potong kepala.
3. Kenapa misteri? Sebab  ceritanya begini. Pengait ni diupah oleh kontraktor projek contohnya seperti projek jambatan, supaya culik seorang budak, potong menyerong supaya dapat ambil kepala dan tangan mangsa, lepas tu kepala tu kena letak dekat ‘piling’, simen bersama-sama struktur tu, supaya struktur tu susah mau roboh dan tahan lama. Kiranya kepala tadi sebagai persembahan kepada penunggu tempat tu.
4. Semasa tahun 2000 tu, memang heboh sebab pembangunan agak rancak di Sabah, terutamanya Jalan Sulaman yang baru kena buat pada masa tu. Saya kira ada 3 jambatan yang kena buat time tu.
5. Masa ni, semua ibu bapa suruh anak masing-masing jangan keluar rumah, jangan layan orang asing dan balik sekolah ramai-ramai jangan balik sendiri. Time tu mau main pun susah, stres juga la.
6. Kalau sudah orang tua berkumpul, mesti ada cerita budak hilang baru-baru ni, tapi tiada juga keluar di surat khabar, dan lagi satu, pengait ni kena sokong oleh kerajaan, tiada guna lapor polis sebab tiada siasatan. Hebat sungguh penangan pengait ni.
7. Kalau tidak silap saya, sampai pernah satu senarai penuh nombor kereta pengait yang ditulis di sehelai kertas dan disebarkan. Jadi kalau ada kereta ni masuk kampung, berjaga-jaga la. Saya perhatikan nombor kereta tu ada juga yang datang dari negara jiran.
8. Betul atau tidak, sampai sekarang saya masi berfikir sama ada benda ini betul-betul terjadi atau hanya khabar angin sahaja. Secara logiknya, jika kepala di’piling’ bersama-sama simen, kalau kepala itu reput, sudah tentu ada lubang dan struktur makin tidak kukuh.
9. Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah. Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu.


No comments: