Dalam bulan puasa amat dijaga perintah Allah SWT, solatnya, zakatnya,
tawaduknya, percakapannya, pergaulannya, pandangannya dan setiap
gerak-gerinya. Amat banyak dan lumayan hidayah yang telah berjaya
dusahakan. Tetapi kenapa setelah bermulanya Syawal hidayah tersebut mula
hilang sedikit demi sedikit? Adakah hidayah dalam bulan Ramadan tidak
perlu dijaga hingga akhir hayat? Adakah tidak perlu mensyukuri nikmat
ibadat dan taqwa yang diperolehi melalui madrasah Ramadan? Amat meriah
suasana hari raya di negara Malaysia. Amalan ziarah menziarahi saudara
mara dan sahabat handai amat dititik beratkan. Selain itu, amalan
sedekah melalui 'duit raya' dan bertukar kuih muih juga mewarnai
fenomena hari raya. Alhamdulillah, amat banyak kebaikan dari hari
raya.Tetapi adakah hari raya yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk
umat ini digunakan sebaik mungkin atau ianya disalahgunakan. Jawapannya
ada dalam diri setiap umat Islam yang menyambut hari raya. Jawapan yang
berbeza akan diberi oleh setiap mereka. Kenapa? Kerana setiap diri
manusia ada kemahuan dan ada kefahaman tersendiri. Kehendak manusia
tiada batasan. Oleh kerana itu, kehendak mereka menjawab juga tiada
batasan. Sekiranya perkara ini tidak disistemkan maka akan berlaku
perbezaan ketara di kalangan umat Islam dan akhirnya hari raya yang
sepatutnya mampu membawa kesatuan umat menjadi punca perpecahan pendapat
dan selisihnya rahmat.Islam tidak membiarkan umatnya bertindak mengikut
fikiran dan kehendak masing-masing. Bahkan Islam meletakkan garis
panduan yang kukuh dan jelas dalam menunaikan sesuatu perkara dalam
kehidupan. Sekiranya urusan dunia pun diajar oleh Islam cara
pengurusannya, apatah lagi dengan urusan ibadat dan yang berkaitan
dengan ibadat seperti berhari raya.Ya benar, memang hari raya adalah
termasuk dalam ibadat. Buktinya Allah SWT telah berfirman dalam surah
al-Baqarah ayat 185 bahawa antara hikmah disyariatkan berpuasa ialah
untuk bertakbir pada hari raya. Seterusnya, hadis pula menjelaskan
tentang tempoh takbir dan lafaz sebutan takbir tersebut. Selain itu,
oleh kerana hari raya adalah ibadat yang bersifat 'happy' dan
'bergembira' mengikut adab-adab syariah maka diharamkan berpuasa pada
hari itu.Hari raya Aidilfitri yang sebenar hanyalah pada 1 Syawal tetapi
oleh kerana tempoh yang singkat tersebut tidak cukup untuk amalan
ziarah menziarahi maka di Malaysia dan di beberapa negara lain
menyambutnya berhari-hari bahkan mencecah hingga akhir bulan Syawal.
Namun, hari raya yang dianggap ibadat hanyalah pada 1 Syawal.Oleh kerana
hari raya adalah ibadat maka sudah pasti mempunyai hikmah tersendiri
dalam menggilap keimanan setiap Muslim. Diringkaskan di sini bahawa
hikmah utama dalam hari raya ialah memuji-muji Allah dan merasakan
kehebatanNya kerana telah memberi cahaya hidayat dan petunjuk kepada
umat Islam.
Seterusnya adalah untuk disyukuri anugerah Allah kepada umat islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 menerangkan perkara ini:{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ}Maksudnya: Bulan Ramadan yang telah diturunkan di dalamnya akan al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan dari petunjuk tersebut serta pemisah (antara kebenaran dan kebatilan) maka sesiapa yang menyaksikannya daripada kalangan kamu maka berpuasalah dia dan sesiapa yang sakit atau dalam dalam perjalanan safar maka gantilah pada hari-hari selain (Ramadan), Allah inginkan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak ingin menyusahkan kamu, (disyaritakan puasa Ramadhan) juga supaya kamu membesarkan Allah kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu dan begitu juga supaya kamu bersyukur.Di akhir ayat telah dijelaskan tentang hikmah hari raya. Pertama ialah untuk umat Islam membesarkan Allah SWT. Membesarkan Allah bukan kerana sudah bebas dari kekangan lapar di bulan Ramadan tetapi membesarkan Allah dan memuji-mujinya kerana telah memberi hidayah. Hidayah apa? Hidayah di sini terbahagi kepada dua iaitu hidayah atau petunjuk al-Quran yang Allah SWT telah turunkan, sama ada diterima oleh umat manusia atau tidak dan hidayah yang telah dianugerahkan kepada mana-mana individu yang dapat dinikmatinya.Hikmah kedua ialah spaya umat Islam bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Bukan nikmat dunia sahaja, bahkan yang paling utama ialah nikmat iman dan Islam.Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah hidayah dan syukur. Sifat sentiasa merasa penting untuk menjaga hidayah yang telah dikurniakah oleh Allah SWT dan sifat sentiasa mensyukuri nikmat Allah dari semasa ke semasa adalah yang ditekankan oleh ayat tersebut. dalam erti kata yang lain, umat Islam diperintah supaya sensitif dengan isu hidayah dan diperintah untuk mensyukuri anugerah hidayah itu dengan menjaga ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.Setelah difahami ayat tersebut, marilah berfikir sejenak sejauh mana kesan hidayah dan ketaatan dari hari raya ini yang telah dapat kita hayati. Adakah hari raya lebih menjauhkan diri kita dari Allah atau lebih mendekatkan diri kita kepada Allah? Adakah dengan sebab menziarahi sanak saudara menyebabkan kita meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat? Adalah dengan sebab hari raya perkataan baik kita lebih banyak atau perkataan sia-sia yang lebih banyak? Adakah dengan sebab hari raya kita banyak bersedekah atau kita lebih banyak membazir? Setiap Muslim ada jawapan dalam diri masing-masing.Artikel ini tidak ingin menyalahkan budaya berhari raya yang berlaku di Malaysia atau di mana-mana tetapi artikel ini hanya ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang hakikat hari raya yang sepatutnya, hikmah disyariatkan hari raya dan sejauh mana hari raya telah disalahgunakan kemudian berusaha untuk membaikinya.Semoga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kepada penulis dan pembaca serta seluruh umat Islam untuk benar-benar mencari hidayah dan kesyukuran yang telah banyak hilang dan dilupakan pada hari raya. Diriku bukan yang terbaik tetapi berusaha menuju ke arah itu bersama-sama umat. 1Umat 1Hidayat 1Matlamat.

No comments:
Post a Comment