OPS Cantas - 63 di tahan
31 Ogos 2013
SEREMBAN - Seramai 63 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah
di negeri ini menerusi Ops Cantas yang dijalankan mulai 17 Ogos hingga
semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten
Komisioner Hamdan Majid berkata, sepanjang 13 hari operasi dijalankan,
pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan ke atas 2,427 individu yang
terbahagi kepada Melayu seramai 984 orang, India seramai 1,020, Cina
(379), manakala lain-lain bangsa hanya 44 orang.
“Dalam
pemeriksaan tersebut, 63 daripadanya yang terdiri 20 Melayu, 20 India,
tujuh Cina termasuk 16 bagi lain-lain bangsa ditahan atas pelbagai
kesalahan seperti menyamun, mengugut, mencuri, sengaja mendatangkan
kecederaan dan penyalahgunaan dadah.
“Bagaimanapun buat masa
ini, penangkapan 47 lelaki dan 16 wanita berkenaan langsung tidak
membabitkan mana-mana bekas tahanan Ordinan Darurat (EO),” katanya.
Menurutnya, kebanyakan mereka yang ditahan membabitkan kesalahan baru
dilakukan atau sememangnya sedang dalam buruan pihak polis bagi jenayah
lampau.
No comments:
Post a Comment