Sebutir BOM kawalan sendiri (control) yang diletakkan di sebuah kereta diletupkan kira2 jam 11.00 pagi tadi.
Fakta Kes :
1. Mangsa : Mohd Yusrizal bim Mat Zai
(32 thn) dari Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan. Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 bulan.
2. Kejadian berlaku di hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan.
Menurut saksi mangsa keluar dari rumah ibu mertua untuk melihat suatu
benda atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Tiba2 dengar letupan
kuat dan dapati mangsa terbaring atas jalan mengalami kecederaan teruk
dan dapati meninggal dunia.
Motif pembunuhan masih disiasat oleh pihak polis.
Sumber:VAT69-perjuangansemalam
11 August 2013
Potong Rantai Guna Sudu
Wee Jie, 26, berkata sejak ditahan November tahun lalu, beliau berusaha mencari jalan untuk lari memandangkan setiap hari terpaksa mendengar penculik mahu membunuhnya dengan pelbagai cara, termasuk mahu menghumbannya ke laut, menembak atau menetak dengan parang.
“Kumpulan bersenjatakan parang itu memaksa kami berjalan kaki 2 kilometer hingga ke pantai dan menaiki bot yang sudah menunggu di situ sebelum meninggalkan rakan perniagaan bapa Wee Wei dan seorang pekerja di pantai.
Ditutup dengan tikar
“Sepanjang berada dalam bot, saya dan sepupu diarah supaya baring dan ditutup dengan tikar. Beberapa jam kemudian, kami dipaksa menaiki bot lain dan tiba di sebuah pulau kecil.
“Kami tinggal lima hari di pulau itu sebelum dibawa ke Pulau Sulu dan tinggal dalam pondok kecil dibuat daripada buluh. Kaki kami diikat dengan rantai besi,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Bukit Pelandok, Lukut, di sini, semalam.
Wee Jie berkata, selama berada dalam pondok itu, mereka kerap demam selain ketakutan.
Katanya, pada 18 April lalu iaitu selepas lima bulan bersama, sepupunya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sering menggigil kerana trauma dibawa ke hospital.
“Sejak itu saya tidak berjumpa dengannya. Bila saya bertanya, kumpulan penculik berkata beliau sihat dan selamat.
“Sejak itu saya nekad melarikan diri dan mulanya mengambil masa tiga minggu untuk memotong rantai besi menggunakan sudu, bagaimanapun perbuatan itu dikesan penculik dan dipaksa tidur dengan mereka dan dihantar ke pondoknya pada waktu siang,” katanya.
Wee Jie berkata, beliau sekali lagi nekad memotong rantai besi itu dan berjaya melakukannya dalam masa dua jam, namun mengambil masa hampir sebulan untuk belajar selok belok kawasan berkenaan sebelum dapat melarikan diri.
Sumber:HarianMetro
Wasiat Dan Pusaka
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."
Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."
Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"
Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "?????"

Hidayat Dan Kesyukuran Yang Hilang Di Hari Raya
Dalam bulan puasa amat dijaga perintah Allah SWT, solatnya, zakatnya,
tawaduknya, percakapannya, pergaulannya, pandangannya dan setiap
gerak-gerinya. Amat banyak dan lumayan hidayah yang telah berjaya
dusahakan. Tetapi kenapa setelah bermulanya Syawal hidayah tersebut mula
hilang sedikit demi sedikit? Adakah hidayah dalam bulan Ramadan tidak
perlu dijaga hingga akhir hayat? Adakah tidak perlu mensyukuri nikmat
ibadat dan taqwa yang diperolehi melalui madrasah Ramadan? Amat meriah
suasana hari raya di negara Malaysia. Amalan ziarah menziarahi saudara
mara dan sahabat handai amat dititik beratkan. Selain itu, amalan
sedekah melalui 'duit raya' dan bertukar kuih muih juga mewarnai
fenomena hari raya. Alhamdulillah, amat banyak kebaikan dari hari
raya.Tetapi adakah hari raya yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk
umat ini digunakan sebaik mungkin atau ianya disalahgunakan. Jawapannya
ada dalam diri setiap umat Islam yang menyambut hari raya. Jawapan yang
berbeza akan diberi oleh setiap mereka. Kenapa? Kerana setiap diri
manusia ada kemahuan dan ada kefahaman tersendiri. Kehendak manusia
tiada batasan. Oleh kerana itu, kehendak mereka menjawab juga tiada
batasan. Sekiranya perkara ini tidak disistemkan maka akan berlaku
perbezaan ketara di kalangan umat Islam dan akhirnya hari raya yang
sepatutnya mampu membawa kesatuan umat menjadi punca perpecahan pendapat
dan selisihnya rahmat.Islam tidak membiarkan umatnya bertindak mengikut
fikiran dan kehendak masing-masing. Bahkan Islam meletakkan garis
panduan yang kukuh dan jelas dalam menunaikan sesuatu perkara dalam
kehidupan. Sekiranya urusan dunia pun diajar oleh Islam cara
pengurusannya, apatah lagi dengan urusan ibadat dan yang berkaitan
dengan ibadat seperti berhari raya.Ya benar, memang hari raya adalah
termasuk dalam ibadat. Buktinya Allah SWT telah berfirman dalam surah
al-Baqarah ayat 185 bahawa antara hikmah disyariatkan berpuasa ialah
untuk bertakbir pada hari raya. Seterusnya, hadis pula menjelaskan
tentang tempoh takbir dan lafaz sebutan takbir tersebut. Selain itu,
oleh kerana hari raya adalah ibadat yang bersifat 'happy' dan
'bergembira' mengikut adab-adab syariah maka diharamkan berpuasa pada
hari itu.Hari raya Aidilfitri yang sebenar hanyalah pada 1 Syawal tetapi
oleh kerana tempoh yang singkat tersebut tidak cukup untuk amalan
ziarah menziarahi maka di Malaysia dan di beberapa negara lain
menyambutnya berhari-hari bahkan mencecah hingga akhir bulan Syawal.
Namun, hari raya yang dianggap ibadat hanyalah pada 1 Syawal.Oleh kerana
hari raya adalah ibadat maka sudah pasti mempunyai hikmah tersendiri
dalam menggilap keimanan setiap Muslim. Diringkaskan di sini bahawa
hikmah utama dalam hari raya ialah memuji-muji Allah dan merasakan
kehebatanNya kerana telah memberi cahaya hidayat dan petunjuk kepada
umat Islam.
Seterusnya adalah untuk disyukuri anugerah Allah kepada umat islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 menerangkan perkara ini:{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ}Maksudnya: Bulan Ramadan yang telah diturunkan di dalamnya akan al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan dari petunjuk tersebut serta pemisah (antara kebenaran dan kebatilan) maka sesiapa yang menyaksikannya daripada kalangan kamu maka berpuasalah dia dan sesiapa yang sakit atau dalam dalam perjalanan safar maka gantilah pada hari-hari selain (Ramadan), Allah inginkan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak ingin menyusahkan kamu, (disyaritakan puasa Ramadhan) juga supaya kamu membesarkan Allah kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu dan begitu juga supaya kamu bersyukur.Di akhir ayat telah dijelaskan tentang hikmah hari raya. Pertama ialah untuk umat Islam membesarkan Allah SWT. Membesarkan Allah bukan kerana sudah bebas dari kekangan lapar di bulan Ramadan tetapi membesarkan Allah dan memuji-mujinya kerana telah memberi hidayah. Hidayah apa? Hidayah di sini terbahagi kepada dua iaitu hidayah atau petunjuk al-Quran yang Allah SWT telah turunkan, sama ada diterima oleh umat manusia atau tidak dan hidayah yang telah dianugerahkan kepada mana-mana individu yang dapat dinikmatinya.Hikmah kedua ialah spaya umat Islam bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah swt. Bukan nikmat dunia sahaja, bahkan yang paling utama ialah nikmat iman dan Islam.Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah hidayah dan syukur. Sifat sentiasa merasa penting untuk menjaga hidayah yang telah dikurniakah oleh Allah SWT dan sifat sentiasa mensyukuri nikmat Allah dari semasa ke semasa adalah yang ditekankan oleh ayat tersebut. dalam erti kata yang lain, umat Islam diperintah supaya sensitif dengan isu hidayah dan diperintah untuk mensyukuri anugerah hidayah itu dengan menjaga ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNya SAW.Setelah difahami ayat tersebut, marilah berfikir sejenak sejauh mana kesan hidayah dan ketaatan dari hari raya ini yang telah dapat kita hayati. Adakah hari raya lebih menjauhkan diri kita dari Allah atau lebih mendekatkan diri kita kepada Allah? Adakah dengan sebab menziarahi sanak saudara menyebabkan kita meninggalkan solat atau melambat-lambatkan solat? Adalah dengan sebab hari raya perkataan baik kita lebih banyak atau perkataan sia-sia yang lebih banyak? Adakah dengan sebab hari raya kita banyak bersedekah atau kita lebih banyak membazir? Setiap Muslim ada jawapan dalam diri masing-masing.Artikel ini tidak ingin menyalahkan budaya berhari raya yang berlaku di Malaysia atau di mana-mana tetapi artikel ini hanya ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang hakikat hari raya yang sepatutnya, hikmah disyariatkan hari raya dan sejauh mana hari raya telah disalahgunakan kemudian berusaha untuk membaikinya.Semoga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kepada penulis dan pembaca serta seluruh umat Islam untuk benar-benar mencari hidayah dan kesyukuran yang telah banyak hilang dan dilupakan pada hari raya. Diriku bukan yang terbaik tetapi berusaha menuju ke arah itu bersama-sama umat. 1Umat 1Hidayat 1Matlamat.

Tawau - Hari Raya Di Sambut Meriah
TAWAU: Aidilfitri di-sambut meriah di Tawau dan Lahad Datu walaupun
timbul desas-desus sebelum ini bahawa kumpulan pengganas Kesultanan Sulu
dari selatan Filipina akan melakukan gelombang kedua pencerobohan.
Walaupun
desas-desus itu turut menyebut akan berlaku penculikan dan kekacauan,
ia tidak menampakkan suasana panik mahupun kerisauan dalam kalangan umat
Islam dalam menyambut Hari Raya di dua daerah ini.
Di Lahad Datu
yang me-nyaksikan pencerobohan oleh kumpulan militan itu awal tahun ini,
lawatan dari rumah ke rumah sanak saudara meriah seperti tahun-tahun
lalu dan majlis rumah terbuka diada-kan sepanjang hari pertama dan kedua
Hari Raya.
Majlis Rakyat Hari Raya turut diadakan di Kampung
Labian, salah satu lokasi yang diceroboh pengganas Kesultanan Sulu
dengan persem-bahan hiburan oleh finalis Akademi Fantasia, Mila.
Di
Tawau, tinjauan Bernama terutamanya di lokasi yang dikhabarkan menjadi
sasaran penceroboh iaitu pusat pemunggahan barangan perniagaan ‘tukar
barang’ Sabindo, sehingga Hari Raya pertama menyaksikan aktiviti
berjalan seperti biasa sehingga awal pagi.
Kawasan perniagaan
‘tukar barang’ Sabindo sepanjang kira-kira 1,000 meter menghadap lautan
terbuka, turut digunakan sebagai laluan ke Nunukan dan Tarakan, di
Indonesia selain ke pulau-pulau kecil selatan Filipina seperti Tawi-Tawi
yang di-diami masyarakat Tausug dan Suluk.
Peniaga sayur di
Sabindo, Abidin Samsudin, 53, meng-akui ada mendengar desas-desus
penceroboh akan menyelinap masuk di kawasan berhampiran pemunggahan
barangan itu, tempat beliau menjalankan perniagaan.
“Aktiviti
perniagaan berjalan seperti biasa dan kami menyerahkan kepada ke-cekapan
pihak berkuasa keselamatan dalam mengawal keadaan,” katanya ketika
ditemui.
Abidin yang telah menjalankan perniagaan hampir sedekad
di pelbagai lokasi di kawasan pasar Sabindo berkata para peniaga hanya
inginkan keamanan.
“Apa yang kita lihat dan dengar selain apa yang
telah berlaku di Lahad Datu merupakan satu pengajaran dan teladan
kepada kami di Tawau ini,” katanya.
Mariamah Osmang, 55, peniaga
keropok ikan berkata majoriti peniaga di kompleks pasar Sabindo hanya
mahukan pengesahan daripada pihak berkuasa bahawa keselamatan di kawasan
pemunggahan barangan itu, terjamin.
“Kami tidak mahu mendengar
perkhabaran yang menakutkan, walaupun kami percaya dan yakin akan
kebolehan pihak keselamatan. Kalau boleh biarlah ada rondaan dari masa
ke masa di kawasan pasar ini,” katanya.
Ketua Daerah Polis Tawau
ACP Awang Besar Dullah ketika dihubungi Bernama berkata suasana sambutan
perayaan aman di daerah ini dan tidak terdapat sebarang kejadian
seperti dikhabarkan.
“Masyarakat peniaga menjalankan perniagaan
seperti biasa tanpa ada kerisauan, manakala penduduk meraya-kan Hari
Raya dengan meriah seperti tahun-tahun lalu. Begitu juga rumah terbuka
sejak hari pertama Hari Raya,” katanya.
Awang Besar berkata
anggota polis marin bersama Agensi Penguatkuasa Mari-tim Malaysia (APMM)
akan terus membuat pemantauan dan melaksanakan operasi rondaan,
sementara pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan
Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawasi sebarang kemungkinan pencerobohan.
Insiden
penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah
mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu, pada 12 Februari
lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam
mempertahankan kedaulatan negara.
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. — Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)