Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah
yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa
menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif.
Anak-anak hiperaktif seharusnya di didik menggunakan pendekatan yang
sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.
1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.
2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.
3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai
anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti
yang dilabelkan kepadanya.
4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.
5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi
saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan
pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus
mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati
seperti anak yang normal.
7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa ida adalah
anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang
pernah dilakukan.
8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diriny atau orang lain.
9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita
cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif
kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.
10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah
ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan
sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari
mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan
adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk
mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap
beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara
penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.
12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati
dengan program-program di kaca television yang menampilkan
adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara
berfikir mereka.
13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka
terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan
cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat.
Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau
membuat pekerjaan rumah atau sebagainya.
14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif
menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara
doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.
a) Al Baqarah : 128 Doa agar anak patuh kepada Allah
b) Al Imran : 38 Doa agar diberi anak yang baik.
c) Furqan : 74 Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
d) Ibrahim : 40 Doa agar anak tetap mengerjakan solat
kredit:ibubapacemerlang
No comments:
Post a Comment