In shaa'
ALLAH, jika dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu dengan hari yang
paling mulia iaitu Hari `Arafah pada 9 Dzulhijjah 1434. Pada tahun
ini, ia jatuh pada 14 Oktober 2013 iaitu hari Isnin ini.
Pada
hari tersebut kita disunatkan untuk berpuasa. Ia khusus kepada orang
yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara
kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu
Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda
menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا
مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ
هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ
اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ
يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun
berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi
jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka
sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetap
kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.
Semoga
ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan
ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan
daripadanya, amin…
Rujukan:
Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.
Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.
*Sumber: http://muzir.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment