13 October 2013

Perogol Bersiri DiBerkas



                            ( Gambar Hiasan )

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga antara ungkapan wajar diberikan kepada perogol bersiri apabila ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Cheras pada awal Oktober lalu.


Suspek yang berumur 37 tahun dan tidak mempunyai pengenalan diri itu, ditahan bersama-sama tiga buah telefon bimbit termasuk milik mangsa yang dirogol. Modus operandi yang digunakan dalam kejadian yang berlaku dimana suspek akan masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang yang diumpil. Seterusnya, suspek akan mengacukan sebilah parang dan mengarahkan mangsa diam lalu merogol mangsa dan melarikan barang-barang berharga milik mangsa.

Sehingga kini , pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan tiga kes yang menggunakan modus operandi yang sama di sekitar Klang Utara dan Petaling Jaya, Selangor. 

Suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan dan disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pihak polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pengedaran dadah di kawasan tempat tinggal diminta menyalurkan maklumat ke balai berdekatan. - Sumber

No comments: