Sekumpulan 10 lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah premis barangan lusuh dan melarikan pelbagai barangan logam bernilai RM25,000 dan wang tunai RM1,000, di Jalan Sungai Jati, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tindakan kumpulan terbabit memulangkan semula lori yang
diisi muatan logam berkenaan kepada premis itu beberapa jam selepas
melakukan jenayah terbabit menimbulkan rasa pelik pemilik berkenaan.
Menurut pemilik premis berusia 27 tahun itu, kejadian dimaklumkan
pekerjanya beberapa jam selepas kejadian itu berlaku dan terus meneliti
rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika tiga pekerjanya sedang
tidur di dalam premis berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penjenayah
yang menyerbu masuk lalu memukul serta mengikat mereka. -Metro
No comments:
Post a Comment