PENYERANG
sensasi Norshahrul Idlan Talaha muncul penyelamat apabila menjaringkan
gol penyamaan bagi mengikat Bahrain 1-1, pada perlawanan kelayakan Piala
Asia sekali gus menghidupkan peluang untuk memburu tempat ke pusingan
akhir di Australia 2015.
Satu mata yang diraih di Stadium Shah Alam pada perlawanan ketiga
Kumpulan D itu membolehkan Malaysia menduduki tangga ketiga kumpulan
dengan empat mata di belakang pendahulu Bahrain dengan tujuh mata dan
Qatar enam mata.
Percubaan pemain sayap Azammuddin Akil pada minit ke-20 ditangkap kemas
penjaga gol Bahrain Sayed Mohamed Jaafar Mohamed malah rembatan leret
kapten Safiq Rahim di minit ke-43 juga mudah dibaca.
Bahrain pula yang dikendalikan jurulatih muda dari England, Anthony
Hudson membuka jaringan sulung sebelum babak pertama tamat menerusi
Abdulla Ahmed Saleh Abdulla Aman.
Harimau Malaya bersemangat apabila Norshahrul yang gagal menjaringkan
gol di pentas antarabangsa tahun ini meledak gol penyamaan pada minit
ke-70 menerusi sepakan kencang menerjah ke gawang.
Harimau Malaya akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke
Riffa untuk menentang Bahrain sekali lagi pada 15 November, Qatar di
Shah Alam (19 November) dan Yaman (5 Mac 2014).
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj
Tajudin, K Reuben, Asraruddin Putra Omar (Fitri Omar), K Gurusamy, S
Kunanlan (Ahmad Fakri Saarani, Safiq Rahim (kapten, Azammuddin Akil
(Nazrin Nawi), Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha
BAHRAIN: Sayed Mohamed Jaafar (kapten), Waleed Al Hayam, Saleh Abdul
Hameed (Dawood Saad), Abdulla Khaled Mohamed (Mohamed Salmeen), Abdulla
Ahmed Saleh, Sayed Dhiya Saeed, Abdul Wahab Ali, Sayed Ahmed, Abdul
Wahad Al Malood, Isa Ahmed Muthanna, Sami Mohamed Al Husaini (Ali Tayeb)
PENGADIL: Ryuji Sato (Jepun)
- networkedblogs-
No comments:
Post a Comment