NEW DELHI 14 Okt. - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila Taufan Phailin membadai negeri Orissa di timur India, semalam.
Timbalan Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Marri Shashidhar
Reddy berkata, sebanyak 17 kematian dicatatkan di Orissa akibat dalam
kejadian rumah runtuh, pokok tumbang dan banjir akibat taufan terbabit.
Satu lagi kematian dicatatkan di Andhra Pradesh, daerah utara Srikakulam.
Laporan awal juga menyebut, sebanyak 10 juta penduduk terjejas di
15,215 buah kampung di Orissa dengan 230,000 buah rumah mengalami
kerosakan," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment