MILAN - Ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir telah membeli
majoriti saham kelab ternama Itali, Inter Milan pada awal hari ini.
Pembelian itu telahpun disahkan oleh Presiden Kelab, Massimo Moratti.
"Thohir sudah menandatangani dokumen jual beli," ujar Moratti yang
telah bertemu dua kali dengan jutawan Asia Tenggara itu sebelum ini,
bagaimanapun gagal menemui kata sepakat.
Menurut laporan media Itali, Thohir perlu membeli lebih 70 peratus saham sebelum menguasai sepenuhnya kelab Nerazzurri itu.
Inter merupakan salah satu daripada tiga kelab utama di Itali, selain
seteru setempat, AC Milan dan juara Serie A 2013, Juventus. - AFP
No comments:
Post a Comment