Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka menjalani hari usia emas dan hari kemudian. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Perintah berbuat baik pada ibu bapa:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [Quran; surah Al-Isra (17): 23]
Dan dia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan dia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. [Quran; surah Mariam (19): 14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). [Quran, surah Al-Ahqaf (46): 15]
Doa untuk ibu bapa:
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. [Quran; surah Ibrahim (14): 41]
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [Quran; surah Al-Isra (17): 24]
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. [Quran; surah An-Naml (27): 19]
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti
 itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian 
dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih 
perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1.Memberi nafkah.
 Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak 
dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun 
berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga 
yang semakin meningkat.
Justeru
 menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada 
ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu 
bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal.
 Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk 
didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal 
yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling
 baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin 
keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang.
 Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah
 dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam 
terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan 
sebaik-baiknya.
Anak
 yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak 
soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan 
dicucuri rahmat.
Firman
 Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua 
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku 
ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.Memberi perhatian.
 Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih 
dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan
 menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan 
kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan
 amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta
 disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu 
bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak
 ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan 
orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga 
ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa 
orang anak.
5.Memenuhi permintaan.
 Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu 
keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan 
masa.
Memenuhi
 permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. 
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding 
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah
 keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan 
perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya 
telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh 
Allah?
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian
 apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa.
 Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai.
 Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik 
pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa 
bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak
 derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. 
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak 
terlepas di akhirat.
Sabda
 Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia 
ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam
 hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan 
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari 
kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka 
sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa 
hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut.
 Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan 
mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan 
mereka.
Firman
 Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak 
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua 
orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya 
telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap 
mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah 
dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya,
 anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau 
bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri 
daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. 
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan
 keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan.
 Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah 
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi 
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi,
 jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan
 pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu 
bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama.
 Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan 
masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan
 menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.
 Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan 
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa 
telah meninggal dunia.
Sabda
 Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah
 segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang 
berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada 
orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada 
kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan
 dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu
 untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang 
hayatnya.
Gunakan
 kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik 
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin 
suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum 
terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  
Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.
Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.
 
 
No comments:
Post a Comment