15 October 2013

KPN minta Surendran tunggu panggilan sertai operasi

 

SEPANG 14 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran menunggu panggilan untuk menyertai operasi membanteras penjenayah bersenjata yang mungkin diadakan pada bila-bila masa termasuk pada tengah malam dan awal pagi.

Beliau berkata, tawaran untuk menyertai operasi buru penjenayah itu bagaimanapun hanya terbuka kepada Surendran dan tidak boleh disertai oleh wakil rakyat lain.

"Yang Berhormat (YB) Surendran telah menyahut tawaran ini. Beliau telah bercakap dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan kemudian meminta peguamnya bertanya tentang soal menandatangani surat lepas tanggungan.

"Surat ini perlu ditanda tangani jika Surendran mahu sertai operasi kita,'' katanya ketika mengulas tentang tawaran melalui Twitter kepada Surendran untuk menyertai operasi memburu penjenayah bersenjata api.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas menghadiri persidangan polis antarabangsa (Interpol) di Columbia.


kredit:VAT69-PerjuanganSemalam

No comments: