02 March 2013

5 Cara Untuk Elakkan Server Anda Digodam





Dua puluh empat jam sehari dan 365 setiap tahun, ianya berlaku secara anda sedar atau pun tidak.
Penggodam diluar sedang menguji pelayan atau pun rangkaian anda,mencari jalan untuk masuk.

5 Perkara Yang Harus Dibuat Bagi Memastikan Rangkaian Anda Selamat Dari Penceroboh.



1. Vulnerability assessments
     Network scanner boleh digunakan bagi memeriksa apa-apa juga kemunginan yang mungkin berisiko 
     kepada sistem anda.Kerap updata database Network Scanner bagi memperoleh maklumat bug terbaru.

2. Port scans
    Port scanner adalah cara yang sangat cepat untuk menentukan apa jenis sistem yang sedang beroperasi  
    pada rangkaian anda. Tentukan apa yang harus dicapai pada rangkaian anda dari Internet, mengesahkan 
    dengan menggunakan port scanner, dan kemudian menggunakan gabungan diantara firewall rule cleanup 
    dan  system hardening.

3. Default password access
    Terdapat lebih dari 10 ribu default password yang berada di internet.Pastikan segala-galanya pada 
    rangkaian anda telah dikonfigurasikan dengan kata laluan yang kuat untuk menghalang unauthorized 
    access ke rangkain anda.

4. Running services
    Setiap pelayan mesti menjalankan sesetengah service bagi ianya mampu beroperasi dengan baik tetapi 
    sesetengah services yang berjalan secara default adalah tidak diperlukan.Gunakan Network Scanner
    untuk mencari kesemua services tersebut dan tutup services yang tidak diperlukan.

5. Remote access
    Terdapat pelbagai jenis aplikasi Remote Access yang membolehkan anda memasuki pelayan anda secara
    remote seperti Telnet, SSH, RDP, GoToMyPC, LogMeIn, PCAnywhere.Tutup atau buang aplikasi 
    remote yang tidak digunakan.Lakukan pencarian secara teliti bagi memastikan tiada trojan yang berada di 
    pelayan anda.
Sumber:kenahack.com

No comments: