Warisan Darah Perwira (69 Komando) “Mohon baca sampai habis”
Tiga tiga jadi enam
Tiga enam jadi sembilan
Oh! Itulah 69
Tanda megah masa depan
Beret kelabu tanjak kami
69, Slogan kami
Lembing kerambit, Lambang kami
Unit gempur gagah berani
Satu langkah kami maju
Namun undur tidak sekali
Oh! Itulah sumpah kami
Dalam Unit 69
Oh! Ibuku jangan bimbang
Kalau aku tidak pulang
Pergi aku untuk berjuang
Pada Busa dan Bangsaku
Beret Kelabu sudah pergi
Hanya tinggal jasa bakti
69! Itulah kami
Komando Polis Negara ini.
MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?
Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.
Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2. Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4. Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu. Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?
Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Nota Tambahan
Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas. Radar tak dapat kesan? Siapa cakap? Hehehe
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).
MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?
Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.
Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.
Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik Lahad Datu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.
Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.
—————————— ————
Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga.
Sumber : luvSabah——————————
Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga.
No comments:
Post a Comment