01 March 2013

Al-Fatihah Buat Pejuang Negara


Al-fatihah buat pejuang negara...
Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban) 

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Gugurnya mempertahankan kedaulatan negara, kedaulatan dipertahan biarpun dengan terlalu lama masa perundingan yang direncana pemerintah, akhirnya pejuang gugur jua.

Apa yang kerajaan nak hairankan dengan penjenayah kesultanan Sulu itu ? Tidak cukupkah teknologi pertahanan yang negara miliki berbanding dengan puak 'batak' zaman kuno itu. Perundingan tidak seharusnya dipanjangkan, mereka bukan rakyat kita, kenapa rakyat kita juga menjadi mangsa.

Maruah negara jangan dipertangguh-tangguhkan, kerajaan perlu lakukan sesuatu, jangan dibiarkan kedaulatan negara boleh diperkotak-katikkan hanya dengan beberapa ratus orang 'batak' sahaja, seluruh rakyat Malaysia menantikan berita yang boleh membanggakan semua.
 
Sumber : gelombangkick

No comments: