Satu berita sedih dari Lubnan. Seorang anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 5 Sarjan Rosdi Mohamad Zain maut dalam nahas kenderaan jenis Kembalik menakala dua lagi anggota masing-masing seorang pengiring dan pemandu cedera parah.
Mangsa yang cedera parah ialah pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan dan pemandu Lans Koperal Nur Syahied.
Mengikut laporan awal Bernama, kenderaan Kembalik yang dinaiki mereka hilang kawalan dan jatuh di kawasan lereng bukit di Lubnan sejauh kira-kira 15 meter malam tadi waktu Malaysia.
Kejadian berlaku ketika proses pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) Malcoy 9 Malaysia dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.
Kenderaan jenis Kembalik yang dinaiki mereka yang ketika itu sedang menunda sebuah kenderaan perisai jenis Condor sebelum hilang kawalan dan jatuh ke lereng bukit kawasan itu.
Ketika kejadian konvoi berkenaan melibatkan 41 orang anggota dan lapan buah kenderaan tentera pelbagai jenis.
Bagaimanapun, tiada anggota berada di dalam kenderaan Condor yang ditunda pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment