Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis
hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah
ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang
telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir
untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.
Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat
di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada
kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu
terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung
penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan
mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah
bilik airnya. Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia
menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam
kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila di amati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus Tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik
di rumahnya. Rumah didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak
lelakinya.
Bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk rawatan menghalau hantu raya
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan
beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak
bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram
seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda
mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang
ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya.
Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi
akan muncul semula.
Laungan azan merupakan salah satu kaedah rawatan
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk. “Bukan
itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak
stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena
dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang
menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada
tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila
hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya
baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal
seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk
mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia
membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu,
kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan
National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat
ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung
dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk
memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana
itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada
tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk
itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti
seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah
Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat ruqyah.
Pengamal perubatan Islam, En. Shamsuri Shafei ketika merawat Keena
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa
untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian
belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut
duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara
serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk
halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran
bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini
bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.
P/s: Bagi mengelakkan kita diganggu semasa tidur, amalkan bacaan ayataul
kursi, bacaan tiga qul, dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur. Apa
yang paling penting,pastikan kita tidur dalam keadaan berwudu’.
InsyaAllah jangan lupa amalkan itu semua.
sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment