17 Ogos 2013 – Pencegahan Jenayah
adalah peranan dan fungsi Pasukan Polis sebagaimana termaktub dalam
Seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Pencegahan Jenayah dilaksanakan melalui 2
cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas
berlakunya jenayah.
Walaupun terdapat penurunan kadar jenayah
ini tidak bermakna masyarakat di negara ini boleh berasa selesa dan
selamat, sebaliknya kita semua perlu terus bekerjasama mengembelingkan
usaha bagi membendung jenayah.
Tindakan pencegahan jenayah
sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana
tanggungjawab ini seharusnya dipikul bersama oleh masyarakat dan tidak
meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Polis.
Justeru
itu, pada hari ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memulakan
operasi bagi mencegah jenayah dengan menubuhkan satu pasukan khas yang
dinamakan Op Cantas Khas, dibawah tanggungjawab ACP Kamarulzaman bin
Mamat, Penolong Pengarah Tahanan/Sekatan D7B, Jabatan Siasatan Jenayah
dan dibantu oleh Supt. Amir Rasid bin Derani, Superintendan Pencegahan
D7A, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Buat permulaan,
tumpuan diberikan kepada Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan juga
Negeri Sembilan dan ianya akan berterusan di semua kontinjen-kontinjen.
Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah yang dibantu dengan kekuatan
pegawai dan anggota dari daerah-daerah yang terlibat ini adalah
sebahagian daripada pencegahan jenayah.
Walaupun ia seolah-olah
menyusahkan pengguna jalanraya di sekitar ibu kota dan Selangor,
matlamatnya adalah baik, iaitu dapat membanteras penjenayah melalui
pemeriksaan terhadap kenderaan dan individu di sekatan jalanraya.
sumber:pdrm
No comments:
Post a Comment