Penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah
melakar sejarah di Grand Prix Red Bull Indianapolis untuk menjadi rakyat
Malaysia pertama menjuarai perlumbaan sokongan AMA Pro Vance &
Hines Harley Davidson semalam.
Selepas kejayaan menempah petak ketiga pada Sabtu, Hafizh, 19, terus
mempamerkan prestasi kelas dunia menerusi jentera Harley-Davidson XR1200
dalam Race 2 pada Ahad untuk mengenepikan penunggang pilihan Steve Rapp
yang sebelum ini mencatat empat kemenangan berturut-turut.
"Saya cuba perbaiki prestasi pada setiap sesi. Kami bermula dengan baik
pada awal perlumbaan dan kemudian kami cuba perbaiki lagi suspensi
belakang untuk perlumbaan hari ini (Ahad) kerana semalam saya rasa
kurang selesa semasa membelok," kata Hafizh dalam kenyataan Isnin.
Katanya: "Keadaan (jentera) bertambah baik dan sebab itu kenapa saya
berjaya berada di depan. Hanya Rapp dan saya berada di depan dan saya
kekal berada di tempat kedua sehingga pusingan terakhir sebelum
memintasnya. Saya amat gembira mendapat tempat pertama dan ketiga hujung
minggu ini".
Hafizh sebelum ini turut mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia
pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua ‘Campeonato
de Espana de Velocidad’ di Motorland Aragon, Sepanyol.
Syabas Anak Muda!!! Teruskan perjuangan anda di jalan yang betul!!
kredit:BB
No comments:
Post a Comment