Insiden
pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu merupakan topik-topik
utama kalangan blog sepanjang minggu ini, baik di pihak kerajaan mahu
pun propembangkang.
Kebanyakan blog prokerajaan dan blog-blog bebas menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan tersebut manakala blog-blog propembangkang penuh dengan unsur-unsur sinis dan tidak kurang juga mencari silap kerajaan dan pihak keselamatan untuk dipersendakan.
Namun tulisan Zainudin Maidin (zamkata.blogspot.com) yang tertarik dengan maklum balas segera oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon terhadap insiden di Lahad Datu agak menarik perhatian.
Beliau yang hairan dengan PBB kerana begitu pantas memberikan perhatian terhadap kes terpencil itu turut tertanya-tanya kenapa pertubuhan dunia itu mahukan pihak-pihak yang terlibat" mencari jalan penyelesaian menamatkan sengketa.
Adakah PBB mahu Malaysia berunding dengan pengganas dan penjenayah yang menuntut Sabah sebagai hak mereka? Adakah PBB memikirkan kebangkitan ini menyamai apa yang berlaku di negara-negara Afrika?" soalnya.
Katanya, kerajaan Malaysia sudah mengadakan rundingan dengan kerajaan Filipina yang memberikan maklumat tentang penglibatan pihak ketiga dan jika PBB menggesa diadakan rundingan, apakah ia juga perlu melibatkan pihak-pihak lain.
Bagi Zainuddin, kenyataan PBB itu merupakan permulaan ke arah campur tangan asing yang berada di belakang kuasa PBB dengan mengambil kesempatan untuk mengadakan tekanan politik ke atas kerajaan, walaupun Malaysia belum membuat aduan kepada pertubuhan dunia itu.
Ini terbukti apabila PBB mula bersuara berhubung kejadian tersebut. PBB telah dipanggil untuk menamatkan keganasan di Sabah dan merayu diadakan dialog antara pihak yang terlibat secara aman menyelesaikan pertikaian. Jika gagal maka kuasa asing dengan kebenaran PBB akan mula memasuki negara ini atas tiket pendamai.
Cita-cita ini telah lama saya baca dalam Top Secret 2013?" yang telah dikeluarkan pada tahun 2004, bagaimana perancangan pembangkang untuk menjadi dan membentuk kerajaan di dalam negara ini dengan apa cara sekali pun with all cost," katanya.
Sementara itu, Dr. Ismail Ibrahim (profismail.blogspot.com) pula membidas pihak-pihak tertentu terutama pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pihak berkuasa berhubung insiden di Lahad Datu itu.
Katanya, adalah amat tidak adil untuk menjatuhkan hukuman kepada pihak berkuasa dan anggota keselamatan sehingga kejadian pencerobohan pengganas Sulu itu berakhir dengan pertumpahan darah.
Memanglah amat malang bagi kita segala tindakan yang kita rasa amat bijaksana, berpandukan kepada ajaran Nabi ketika baginda beberapa kali menghadapi musuhnya rupa-rupanya akhirnya memakan korban terhadap pasukan polis kita sendiri.
Dalam hal ini nampaknya pihak penceroboh telah melakukan satu tindakan yang amat tidak bertamadun dan telah mengeksploitasikan kesabaran kita untuk memuaskan nafsu mereka sendiri," katanya.

No comments:
Post a Comment