LAHAD DATU 8 Mac - Operasi memburu saki-baki kumpulan pengganas dari Sulu diperluaskan dan lebih 50 individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut ditangkap hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tangkapan dibuat di sekitar Kampung Tanduo dan Tanjung Batu semasa operasi menggeledah dan mencari dilakukan oleh pasukan keselamatan negara.
Katanya, suspek yang melibatkan lelaki dan wanita itu ditangkap kerana dipercayai ada hubung kait dengan kumpulan pengganas Sulu tersebut.
"Tangkapan itu perlu dibuat kerana kita mendapati ada tanda-tanda tertentu mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.
No comments:
Post a Comment