Seorang lagi
penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung
Tanjung Batu, dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53
orang.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penceroboh itu ditembak mati
pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak
berkuasa seorang diri.
Selain itu,
beliau berkata, 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai
timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan
kumpulan penceroboh berkenaan.
"Mereka ditahan
kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang
menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12
Februari lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan
Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat,
Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Sejak
pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur
dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam
serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.
Sebelum ini,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op
Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata, Malaysia menolak sebarang
tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi
penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment