08 March 2013

Kenali Pemberontak Di Lahad Datu



Melalui risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila yang sangat mahir. Ada diantara mereka sudah bertahun-tahun berperang melawan tentera Filipina.

Memandangkan keadaan mukabumi dikawasan Lahat Datu agak sama dengan kawasan mereka bersembunyi di Filipina jadi ini memudahkan mereka menggunakan semua teknik dan taktik perang ala-gerila.

Teknik dan taktik peperangan mereka begitu tinggi sehingga memudahkan mereka menewaskan pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan gerakan AM.


Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. 

"Kini Tentera sudah mempunyai rancangan rapi dan sudah mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera. 

"Tetapi ia perlu mengambil masa. Kita harus mempunyai perancangan menyeluruh bersama polis bagi menyelesaikan perkara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Perkara ini sudah tidak boleh lagi ditamatkan secara berunding kerana tempoh waktu berunding sudah tamat. Malah mereka begitu ganas menggunakan taktik penipuan untuk membunuh pasukan gerakan Am.



Gerakan ofensif menggunakan CIW sewajarnya dilaksanakan dengan segera sebelum lebih ramai rakyat yang akan menjadi mangsa tentera pemberontak Sultan Sulu.

Walaubagaimanapun Pasukan Gerakan Am perlu juga ditempatkan dikawasan bandar bagi menyekat laluan tentera pemberontak.

Dalam hal ini juga beberapa hal perlu diteliti sebelum menggunakan tentera sepenuhnya kerana:

1) Kita tidak pernah mengiktiraf tentera Sultan SULU.

2) Jika pasukan pemberontak disahkan dari negeri yang dikenali maka polis boleh menggunakan khidmat tentera.

3)Kita juga terikat dengan Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa yang tidak membenarkan kearah itu.

No comments: