Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana
tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa
mertuanya selalu merungut. Beras20 kg, tak sampai seminggu dah habis.
Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat
barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh…
Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim
sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak
begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu
sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu
tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai
tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi…
main dam, berborak mengalahkan orang politik.
Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah
yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa
mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia
terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul
dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…
Satu hari dia dapat idea… nak kenakan
Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh
juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia
sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal
makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi…
dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya
tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang
aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set
kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga…
kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak
makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak
faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke
haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji
ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya,
tetapi dia yang terkena…
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat
makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi…
sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…Nak pergi haji belum ada seru…
katanya laa...
Kredit :rm22
No comments:
Post a Comment