BARU-BARU ini salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita.
Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan
pasukan keselamatan kita. Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala
harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang
dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III
memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan
pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba
berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang
dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi
mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan
hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat
senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan tipu helah Sultan Jamalul Kiram III ini, anaknya, Jacel bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.
Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!Hek eeeeleeeehhhhh....
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar,
si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan
puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak
yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan
ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan
tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak
terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan anak-anaknya masih cuba berlagak hero – di kota metropolitan Manila!
Apa lagi nak dikata...
Sumber: Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment