22 July 2013
Buah Rotan
Bahan-bahan:
4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
bijan secukupnya
1 cawan air
Cara penyediaan pertama:
Tepung pulut digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut,bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan
Cara penyediaan kedua:
1.Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk,buat lubang di tengah kemudian letak air,
telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau.
Setelah dicampurkan semua,uli sehingga sebati dan lembut.
2.Ambil doh yang dah siap tadi,uli kecil-kecil kemudian letak bijan.
Semasa menguli,uli sekali dengan bijan.Bijan akan melekat pada tepung.
3.Ulangi sehingga habis.Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas
kredit:koleksiresepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment