26 July 2013

Zakat - Pendapatan


Terdapat tiga garis panduan mengira zakat pendapatan:-
  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab).
    Contoh: Jika jumlah pendapatan kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka setahun zakat sebanyak RM33,800.00 x 2.5% = RM845.00
  • Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).
  • Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar
    Contoh pengiraan zakat mengikut garis panduan kedua dan ketiga.
A. PENDAPATAN DARI SUMBER (SETAHUN) RM

Gaji 24,000.00
Elaun 5,800.00
Bonus 4,000.00
Lain-lain 5,000.00
JUMLAH PENDAPATAN 38,800.00

B. TOLAKAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM

Diri 8,000.00
Isteri 5,000.00
Anak-anak(800X4) 3,200.00
Pemberian ibu bapa (contoh) 2,400.00
Caruman KWSP 2,400.00
Caruman Tabung Haji 600.00
Caruman Kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli 1,200.00
JUMLAH TOLAKAN 22,800.00

C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT(A-B) RM

RM38,800.00-RM22,800.00 16,000.00
Nilai melebihi paras nisab
(Contoh nisab semasa=RM4,226.00 5,800.00


D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (CX2.5%) RM
RM16,000.00 x2.5% 400.00


NOTA.

• Perbelanjaann bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua)
• Bagaimana pun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.
• Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji,caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Sumber Maklumat: Pusat Zakat Selangor.

(Bagi pembayar-pembayar zakat yang tinggal di negeri-negeri lain bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau Pusat Zakat di negeri masing-masing).

No comments: