29 July 2013

1800 Anggota JPJ Bertugas Sempena Aidil Fitri 2013


JOHOR BAHRU 29 Julai - Seramai 1,800 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditugaskan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri mulai 1 hingga 18 Ogos ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah anggota yang terlibat ditambah berbanding 1,500 orang pada operasi sama tahun lalu bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya ditingkatkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan.

Operasi ini turut melibatkan tugas penyamaran oleh anggota penguat kuasa JPJ yang akan menaiki bas ekspres dan mereka akan merekod kesalahan pemandu bas dan mengeluarkan saman serta-merta sekiranya didapati melakukan kesalahan jalan raya.

No comments: