Semalam melayan drama korea Jewel In The
Palace membuatkan aku teringin nak makan sup tulang, kalau ikutkan dalam
cerita tu tiga hari kena reneh sup tulang mau lapor perut aku nak
tunggu tiga hari. Zaman dah moden pressure cooker kan ada nak buat apa
tunggu sampai tiga hari buat abis gas aje.
Ada pressure cooker cam ni tak yah penat nak
tunggu 3 hari 15 minit pun dah cukup. Pressure cooker ni pemberian dari
mak mertua yang baik hati.
Sila pilih tulang terbaik dari peniaga daging
untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, kalau tak ada dapatkan dari
jabatan perbekalan istana. Buat susah2 aje beli kat pasar pun boleh.
Dah namanya sup tulang "Jewel In The Palace" kena la guna rempah ratus dari istana di zaman silam
Bahan sampingan selain lobak dan saleri buh la kentang jugak
Daun sup dan daun bawang untuk lengkapkan sup tulang
Bila sup tulang dah masak tabur daun bawang dan daun sup yang dihiris bersama bawang goreng, sup jadi lebih kaw!
Sup tulang sedap dihirup begitu saja atau makan
dengan nasi, lagi kaw bila ada cili kicap. Masak sendiri puas makan
kalau beli semangkuk lima hengget tak puas hirup sup dah abis.
Untuk
dapatkan resepi sup tulang "Jewel In The Palace" sila tonton rancangan
Jewel In The Palace di TV ALHIJRAH setiap isnin hingga khamis pukul
berapa ya lupa plak.
kredit:surihidupmama
No comments:
Post a Comment