.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada
saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang
dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi
harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup
sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
.
Pada malam Lailatul Qadar disunat dan
digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau
bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila
dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.
.
Solat ini adalah sebagai tanda syukur
seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk
mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.
.
.
Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar
.
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan
sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau
Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.
.
1. Niatnya:
.
2. Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1. Al-Takatsur 1 kali
2. Al-Ikhlas 3 kali.
.
.
3. Selepas memberi salam baca doa;
.
Rasulullah SAW bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: “Bacalah:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.
“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
kredit:shafiqalbu
No comments:
Post a Comment