Solat
Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang
dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya
Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama
hijrah.
HUKUM
MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad
yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah
tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda
hidup.
WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha
diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan
selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya
matahari.
KAIFIAT
Pada
Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir
sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram
dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita
dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ
اللهِ وَالْحَمْدُ
ِللهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُُ وَاللهُ
أَكْبَر
Kemudian
di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan
ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.
Pada
Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak
5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan
supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah
dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar
atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
Selepas
dari solat diadakan khutbah.
Dalam
khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang
zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.
NIAT SOLAT HARI RAYA
أُصَلِّي
سُنَّةَ
لِعِيْدِ
الْفِطْرِ
/ لِعِيْدِ
الأَضْحَى
رَكْعَتَيْنِ
مَأْمُوْمًا
لِلَّهِ
تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja
aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana
Allah Taala.
LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ
أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَر
، لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
وَاللهُ
أَكْبَر
أللهُ أَكْبَر
وَِللهِ
الْحَمْدُ
. اللهُ أَكْبَر
كَبِيْرًا
وَالْحَمْدُ
ِللهِ كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ
اللهِ بُكْرَةً
وَأَصِيْلاً
، لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهً
وَلاَ نَعْبُدُ
إِلاَّ إِيَّاهُ
مُخْلِصِيْنَ
لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ
الْكَافِرُوْن
. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ
، صَدَقَ
وَعْدَهُ
، وَنَصَرَ
عَبْدَهُ
، وَأَعَزَّ
جُنْدَهُ
، وَهَزَمَ
اْلأَحْزَابَ
وَحْدَهُ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
وَاللهُ
أَكْبَرُ
اللهُ أَكْبَرُ
وَِللهِ
الْحَمْدُ
No comments:
Post a Comment