TIDAK berapa lama lagi iaitu dalam
tempoh lebih dari seminggu sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan
hari kemenangan iaitu Aidilfitri. Pada masa ini kita sedang memasuki fasa
sepuluh malam terakhir Ramadan yang dijanjikan penuh dengan keberkatan bulan
mulia ini.
Namun lazimnya sudah pasti juga ketika
ini ramai yang tidak sabar mahu pulang ke kampung bagi merayakan hari
kemenangan ini. Pelbagai persiapan telah mula disediakan bagi menyambut
ketibaan Syawal kelak, sehingga ada kalanya persiapan hari raya ini mengatasi
amal ibadah di bulan Ramadan ini.
Mungkin ada yang menyatakan artikel ini
terlalu awal bagi membincangkan tentang hari raya kerana tempoh seminggu lebih
lagi sebelum berhari raya namun saya berpandangan artikel ini ditulis bagi
mengingati kita semua semasa mengadakan persiapan untuk berhari raya.
Jika artikel ini ditulis semasa hari
raya ataupun tatkala hari raya terlalu hampir mungkin ia tidak dapat lagi
berfungsi sebagai nasihat kepada kita semua termasuklah diri saya sendiri.
Selepas genap sebulan berpuasa umat
Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang
Ramadan diibaratkan sebuah 'universiti' yang menyemai pendidikan jiwa umat
Islam sepanjang sebulan berpuasa.
Bukan saja menahan lapar dahaga, malah
juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh
Universiti Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di
hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.
Tidak hairanlah jika kita perhatikan
umat Islam sanggup menahan lapar dahaga sepanjang hari namun agak menyedihkan
ada sesetengah pula hanya berpuasa tetapi tidak mengamalkan Rukun Islam yang
lain seperti bersembahyang.
Dalam masyarakat Melayu berpuasa di
bulan Ramadan amatlah dititikberatkan, ia dapat dimanifestasi dengan tindakan
yang diambil terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan
membawa mereka di dalam van jenazah sekeliling bandar.
Enakmen jenayah syariah negeri-negeri
juga memperuntukkan adalah menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam sekiranya
tidak menghormati bulan Ramadan dengan makan di khalayak awam.
Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi
mulia dan amanah. Kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat
Islam seperti bersolat menganjurkan iftar, berterawih, bersedekah, bertadarus
al-Quran dan banyak lagi amalan khususiah yang dilakukan umat Islam.
Hampir sebulan mengikuti institusi
Ramadan, umat Islam akan pula meraikan Aidilfitri. Amat rugilah orang yang
langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.
Pastinya jelas kegirangan dan kegembiraan tersemat dalam hati Muslimin dan
Muslimat sekalian kerana kemenangan di hari yang mulia ini.
Pelbagai persiapan diadakan bagi
menyambut hari kemenangan itu. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang paling
gembira ketika hari raya. Bagi yang merayakan Aidilfitri tanpa orang tersayang,
perayaan ini masih tetap diteruskan memandangkan ia adalah tuntutan hukum
syarak. Namun, sudah tentulah hiba di jiwa tidak dapat dielakkan ketika
menyambutnya.
Mengunjungi pusara ibunda khususnya
menjadi kemestian di hari lebaran ini. Walaupun yang pergi tidak akan kembali
sebagai tanda ingatan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci dititipkan kepada
mereka.
Saya sendiri akan berhari raya buat kali
ketiganya tanpa bonda di sisi pada tahun ini. Sudah pastinya ia terlalu
berlainan dengan tahun-tahun sebelum daripada ini.==============================================================
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan Ramadhan ini akan pergi.
Di Malaysia, sambutan untuk kedatangan Syawal sangat meriah.
Di
sana sini, di pasaraya, di shopping complex, kita tidak akan rasa aneh
jika mendengar dendangan lagu-lagu Syawal sudah dimainkan. Bahkan,
seawal 1 Ramadhan lagipun, ada pasaraya yang telah ‘semangat’ memasang lagu-lagu Syawal.
Berjalan sedikit sahaja, kita akan nampak poster dan banner promosi jualan Aidilfitri bergantungan di merata-rata tempat.
Itu
belum kira lagi, berderet-deret kedai pakaian dan baju raya bersaing
menjual barangan masing-masing sebagai persediaan menyambut Syawal.
Serius. Betapa seriusnya masyarakat kita membuat persediaan untuk menyambut Syawal. Haha. ^^
Ramadhan? Tidak pula seserius itu. Itulah masalah bila kita melihat keutamaan pada yang bukan utama.
AIDILFITRI, LAYAKKAH KITA?
Aidilfitri itu adalah hadiah daripada Allah untuk orang-orang yang berjaya menempuh sebulan Ramadhan ini.
‘Aid’ itu bermaksud perayaan. Dan ‘fitri’ itu adalah bermaksud kembali kepada fitrah.
Dalam kata lain, Aidilfitri adalah perayaan bagi orang-orang yang berjaya kembali kepada fitrah.
Apa maksud kembali kepada fitrah?
Kita
kembali seperti awal-awal kejadian kita. Seperti seorang bayi yang baru
lahir. Tiada dosa. Bersih jiwa. Bergerak seperti semula, untuk menjadi
hamba.
Dan,
Ramadhan adalah madrasah latihan untuk itu. Untuk melahirkan insan yang
berjaya kembali kepada fitrah asal ciptaannya, fitrah seorang hamba
yang sepatutnya tunduk kepada Penciptanya, bersih daripada dosa.
Dan, Aidilfitri sebenarnya adalah gerbang mahligai khusus untuk menyambut mereka yang berjaya mencapai tujuan itu.
Hendak
kembali semula seperti asal, bersih daripada dosa, maka kita kembali
kepada saranan Nabi s.a.w. dalam hadis yang mafhum bermaksud:
“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
[HR Bukhari]
Penuh keimanan. Dan berkira-kira.
Berapa ramai di kalangan kita, puasanya hanya sekadar tinggal puasa?
Sifat-sifat mazmumah lain, mengeji, mengumpat, mengucap kata nista masih setia menjadi zikir di bibir berbanding zikrullah.
Mata,
tidak berusaha dipelihara daripada memandang kepada dosa. Kaki, tetap
tegar malas melangkah ke masjid untuk bersama menunaikan solat jemaah.
Kalau ke masjid sekalipun, hanya pada 4-5 hari awal Ramadhan. Selepas
itu, tak nampak-nampak dah.
Maka, yang diperolehinya tidak lebih daripada hanya sekadar lapar dan dahaga.
Tetapi, biasanya, jenis-jenis inilah yang ‘paling cepat’ sekali
bila sebutkan Aidilfitri. Sibuk buat itulah, sibuk buat inilah.
Maklumlah, Aidilfitri setahun sekali, kenalah buat yang terbaik! ^^
Huh. Ramadhan itu pun setahun sekali juga. Kenapa tidak meriah pula sambutannya seperti Aidilfitri?
Sedangkan Ramadhan itu yang lebih utama.
Lalu, saya ingin bertanya. Layakkah kamu untuk Aidilfitri dengan keadaan begitu?
KITA BERSALAH KERANA MENGABAIKANNYA
Ramadhan
semakin sampai ke penghujung. Kalaulah manusia ditakdirkan tahu bila
penghujung usianya, maka apa yang akan dilakukannya?
Sudah pastilah dia akan bertungkus-lumus melakukan kebaikan. Kerana dia tahu dia akan mati pada tarikh sekian sekian.
Lalu,
Ramadhan pun begitu. Kita sudah tahu ia akan pergi meninggalkan kita.
Kenapa tidak kita bertungkus-lumus juga merebut ganjaran yang paling
bernilai di pusingan akhir ini?
Pusingan akhir yang di dalamnya ada Lailatul Qadr. Kenapa kita tidak berusaha untuk merebutnya?
Sedangkan tahun hadapan, kita belum tentu lagi bertemu Ramadhan.
Sedangkan tahun hadapan, kita belum dijamin masih hidup lagi.
Maka, sekarang masanya. Sekarang masanya untuk kita perbaiki saki-baki hari yang masih tinggal dalam Ramadhan ini.
Bukanlah
saki-baki ini kita tinggalkan terus, kerana sibuk dengan Aidilfitri.
Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri memberi keutamaan pada saki-baki Ramadhan
ini. Maka, sepatutnya kita yang lebih banyak dosa dan tidak maksum
(terpelihara daripada dosa) seperti Nabi s.a.w. merebut saki-baki akhir
Ramadhan ini.
Supaya nanti kita termasuk orang-orang yang benar-benar layak untuk merayakan Aidilfitri.
Supaya nanti kita termasuk orang-orang yang bersih jiwanya daripada dosa.
Lalu, kenapa kita tidak benar-benar menghargainya?
MEREKA YANG LAYAK, HANYA MEREKA YANG MENEMPUH RAMADHAN DENGAN IMAN DAN BERKIRA-KIRA
Saya menghitung diri saya sendiri. Seolah-olah diri ini sebenarnya masih tidak layak untuk menyambut Aidilfitri.
Aidilfitri itu adalah hari kemenangan. Menang dalam pertarungan antara IMAN dengan NAFSU.
Tetapi, berapa ramaikah yang sebenar-benarnya menang dalam pertarungan ini?
Kalau dilihat waktu berbuka puasa, pun sudah cukup untuk memberi gambaran siapa yang menang sebenarnya.
Itu
belum kira lagi waktu solat tarawih. Solat tarawih itu memanglah dari
segi bahasanya bermaksud rehat. Tetapi, ada orang yang benar-benar ‘rehat’ ketika solat tarawih kerana terlalu kekenyangan berbuka puasa.
Dapat pahala, tetapi tidak memberi kesan pada pembersihan jiwa. Kerana solat dengan hati yang lalai.
Sebab
itulah, Aidilfitri sebenarnya hanya layak untuk orang yang benar-benar
menempuh Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan berkira-kira.
Penuh keimanan dalam erti kata dia menjaga kualiti amalannya sepanjang Ramadhan ini.
Kalau bersedekah, biarlah beri yang terbaik.
Kalau melaksanakan solat sunat, biarlah dalam keadaan terbaik dan memahami bacaan yang dibaca dalam solat.
Kalau membaca Al-Quran, biarlah dengan penghayatan, bukan hanya sekadar ingin menghabiskan.
Kalau memberi senyuman sekalipun, biarlah senyuman itu senyuman yang terbaik dalam dunia !
Berkira-kira
dalam erti kata kita menghitung-hitung apakah telah cukup amalan kita
pada hari ini untuk kita merebut janji-janji Allah dalam Ramadhan ini?
Menyesali masa lalu yang telah kita bazirkan dan meningkatkan amalan
dalam saki-baki hari yang ada supaya mampu menjadi asbab untuk kita
meraih keampunan dan rahmat Allah serta pembebasan dari api neraka. Itu
yang dimaksudkan dengan berkira-kira.
Mereka yang begini, merekalah yang layak menjadi graduan Ramadhan sebenarnya.
Aidilfitri itu hanya layak untuk mereka yang begini. Mereka yang menempuh Ramadhan penuh iman dan berkira-kira.
Muhasabah seketika. Kita di golongan mana?
PENUTUP : MASIH ADA MASA, PERBAIKILAH
Akhirnya,
setelah kita memuhasabah, kita bandingkan rahmat Allah di dalam
Ramadhan, dengan usaha kita yang terlalu sedikit untuk mengejarnya, kita
akan nampak bahawa kita sebenarnya tidak layak untuk Aidilfitri.
Kita bandingkan Ramadhan kita dengan Ramadhan para sahabat Nabi s.a.w., kita akan terasa betapa jauh sekali bezanya.
Sahabat Nabi menangis ketika Ramadhan hendak meninggalkan mereka.
Kita?
Kita
menangis juga, tetapi sedih kerana anak tidak pulang berhari raya,
sedih kerana tahun ini ibu bapa sudah tidak sempat beraya bersama kita
kerana telah meninggal dunia.
Berbeza. Sungguh berbeza. Kita tidak menangisi Ramadhan yang pergi meninggalkan kita. Sedangkan ia musim bunga buat kita.
Bila direnung kembali, seolah-olahnya, Aidilfitri ini memang bukan untuk kita.
Kerana kita kadang-kadang melayan Ramadhan sambil lewa.
Kerana kita selalu lupa, ia sebenarnya medan latihan dan peningkatan buat diri kita.
Kerana kita melihat, Ramadhan hanya sekadar puasa, maka ia tidak bernilai apa-apa kepada kita.
Namun,
kita masih ada masa. Tinggal saki-baki beberapa hari yang ada ini,
marilah kita rebut dan rembat semua peluang yang ada supaya kita tidak
tertinggal di belakang.
Biarlah
orang lain sibuk dengan persediaan untuk hari perayaan, tetapi kita
sibuk mencari kedudukan di sisi Tuhan. Itu yang lebih besar. Itu yang
menjamin kebahagiaan di hari perayaan.
Mari,
kita perbaiki saki-baki hari yang ada ini. Supaya nanti, kita keluar
daripada Ramadhan, kita termasuk orang-orang yang berjaya !
Ayuh, habiskan sisa Ramadhan ini dengan bermakna !
Dari
Abu Hurairah ra (bahwasanya) Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian
berkata, “Amin, Amin, Amin.” Ditanyakan kepadanya, “Ya Rasulullah,
engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” Beliau
bersabda, “Ertinya : Sesungguhnya Jibril ‘Alaihis salam datang kepadaku,
dia berkata, “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak
diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia,
katakan “Amin”, maka akupun mengucapkan Amin….”
kredit:penyejukjiwa
“..eh, cepatnya dah sampai ke penghujung Ramadhan,” hati terdetik sendiri.
Pejam celik pejam celik, tanpa disedari Syawal sudah pun menjelang tiba. Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa. Tiada lagi bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur. Tiada lagi suasana meriah di bazaar ramadhan, melihat kerenah gelagat dan ragam manusia membeli dan menjual pelbagai juadah. Dari kuih muih pelbagai warna hinggalah ke Nasi Ayam Berempah – segala macam juadah boleh didapati dengan mudah. Tiada lagi kelihatan anak-anak berlari keriangan untuk menikmati hidangan moreh – sesudah mengikut ibubapa menunaikan solat terawih.
Kehangatan Syawal semakin terasa apabila melihat jualan murah disana sini. Seronok melihat kerenah anak-anak yang gembira membeli-belah bersama ibubapa memilih baju baru. Si ibu pula akan memastikan rumah dikemas dan tersusun rapi, kuih-muih juga tak boleh dilupakan. Pada yang berkesempatan, kuih raya biasanya akan dibuat sendiri. Ada juga segelintir antara kita yang lebih senang untuk menempah sahaja – mudah dan menjimatkan masa.
Tapi sebenarnya kemeriahan Syawal dahulu dan sekarang sudah agak berbeza. Atau mungkin ini hanya perasaan saya sendiri, itu saya kurang pasti. Mana silapnya? Dahulu meriah kedengaran bunyi tawa riang ikhlas kanak-kanak yang menyambut hari raya dengan gembira. Masing-masing berlumba untuk berpuasa kerana segan dengan rakan-rakan lain, selain dari ingin mendapatkan ‘wang upah’ yang telah dijanjikan oleh atuk dan nenek. Begitu bersungguh mereka di latih dari kecil untuk berpuasa. Persiapan raya pula ala kadar sahaja – yang penting, jika semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama pada malam raya, itu sudah mencukupi. Jika ada yang membeli perhiasan baru pun, bukanlah untuk bermegah-megah dan berlumba-lumba melihat siapa yang mempunyai persiapan yang paling hebat.
Dahulu, kita dapat melihat cucu-cucu duduk bersama nenek di pangkin rumah, khusyuk mempelajari cara mengayam ketupat. Gelak tawa kedengaran bila di usik kerana salah cara anyaman. Tapi sekarang? Ketupat segera. Betul, memang mudah, senang dan cepat. Susah untuk kita mencari mereka yang benar-benar tahu cara untuk mengayam daun ketupatkan? Entahlah, benar-benar saya rasakan sentuhan sambutan Syawal sudah semakin kurang dan hilang serinya.
Kadang-kadang bila melihat persiapan menyambut Syawal yang begitu meriah, hati terdetik sendiri – bagaimana pula dengan mereka yang kurang bernasib baik? Begitu payah untuk mencari sesuap nasi, apatah lagi untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Jika dapat sehelai baju baru pun, itu sudah dikira seperti rezeki yang besar pada mereka.
Ya, kedatangan Syawal haruslah disambut dengan gembira, kerana tujuan menyambut Syawal adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam berpuasa. Tetapi dalam pada itu, janganlah kita alpa dan lupa pada orang lain yang lebih memerlukan. Pada yang sudah tiada, ziarahlah pusara mereka dan sedekahkan Al-Fatihah sebagai tanda ingatan kita. Dan tak lupa juga pada mereka yang beraya di perantauan dan jauh beribu batu dari keluarga tersayang. Pasti hati terasa syahdu bila terdengar takbir raya bergema kan? Tak kiralah di mana juga kita berada, yang penting kita masih dapat menyambut Syawal dengan gembira.
- See more at: http://www.3r.com.my/syawal-ohsyawal/#sthash.0wT46fu7.dpuf

No comments:
Post a Comment