03 August 2013

Adab Adab Bersahabat

  1. Hendaklah bersahabat itu dengan jiwa keagamaan dan anjuran Rasulullah s.a.w
  2. Hendaklah memanggilnya dengan nama atau gelaran yang baik
  3. Hendaklah mengenali keluarganya dan tahu tempat tinggalnya
  4. Hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain
  5. Hendaklah membantu sahabat sebelum diminta olehnya
  6. Mendahulukan sahabat dalam hajat-hajat tertentu
  7. Menasihati dan memperingati sahabat kepada perkara kebaikan
  8. Memuji kebaikan sahabat dengan niat yang baik
  9. Mempertahankan harta sahabat ketika dia tiada
  10. Sentiasa menepati janji dengan sahabat
  11. Ketika berbual atau bercakap dengan sahabat, hendaklah memandang mukanya dan jangan berpaling ke lain.
  12. Hendaklah diam jika tidak bersetuju dengan sahabat (Ini untuk mengelakkan daripada pertengkaran berlaku)

Sumber : Panduan Hidup Mukmin

No comments: