Samada disedari atau tak, mungkin ada di antara kita yang suka
menggabungkan dua waktu solat, kononnya untuk menjimatkan masa. Memang
hidup kita tak lepas dari kesibukan dunia, tapi menggabungkan waktu
solat tidak patut kita praktikkan kerana seolah-olah kita lalai atau
tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan.
Meggabungkan waktu solat adalah perbuatan melewat-lewatkan waktu zohor
supaya sejurus selepas itu dapat segera melakukan solat waktu asar,
begitu juga waktu maghrib dan Isyak.
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu solat dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda
"Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
kredit:bumisertaisinya
No comments:
Post a Comment