Waktu bersahur bermula dari tengah malam dan berterusan
hingga terbit fajar sodiq (yakni masuk waktu subuh). Sunat melambatkan sahur
kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama
mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (HR Imam Ahmad dari Abu Zarr
r.a.).
Mengikut sunnah Nabi s.a.w., jarak masa terbaik antara berhenti bersahur dan
masuk subuh ialah kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran. Ini sebagaimana
hadis dari Anas r.a. yang diceritakan; Zaid bin Sabit r.a. berkata; “Kami
bersahur bersama Nabi s.a.w., kemudian kami mengerjakan solat subuh”. Aku
(yakni Anas) berkata; “Berapa jarak masa antara azan subuh dan bersahur itu?”.
Zaid menjawab; “Kira-kira 50 ayat”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
kredit:bumisertaisinya
No comments:
Post a Comment