Lima bulan lalu perang terbuka di tanah air Malaysia mengejutkan kerana
negara ini tidak pernah melihat pertumpuhan darah dengan cara ini selama
berdekad dengan 65 orang terbunuh.
Dalam sekelip mata sahaja Lahad Datu yang menjadi penempatan nelayan
menjadi sasaran jet pejuang, kereta kebal, polis dan askar bersenjata
untuk menggempur penceroboh asing yang mendakwa tanah itu milik sultan
mereka yang kini selamat berlindung di Filipina.
Walaupun kini peperangan sudah tamat, penduduk kampung diselubungi dengan ketakutan baru.
Lawatan ke Lahad Datu semalam mendapati ketua kampung gementar dengan
ketakutan serangan balas dendam yang beliau dan yang lain percaya akan
berlaku.
Beliau memberitahu mengenai khabar angin ketua penceroboh Agbimuddin
Kiram yang selamat merancang serangan gerila dan akan menyebabkan
kampungnya dalam bahaya sekali lagi.
“Orang kampung datang kepada saya dengan ketakutan dan kebimbangan
kerana mereka dengar khabar angin Agbimuddin merancang serangan balas
dendam. Terdapat 1,200 penduduk di dua kampung dan mereka orang biasa
yang menjadi nelayan dan petani untuk hidup. Mereka sudah cukup terseksa
semasa perang pertama pada Mac,” kata Ketua Kampung, Mahmud Mallang
ketika ditemui.
Beliau merujuk kepada pencerobohan bersenjata oleh pemberontak Sulu yang
mengambil alih Kampung Tanduo di Sabah. Pasukan bersenjata Malaysia
berjaya menghalau pemberontak keluar dan mendirikan kem sejak itu.
Tetapi Mahmud berpendapat pasukan itu masih belum cukup untuk berhadapan
dengan serangan balas dendam. Penduduk kampungnya percaya pemberontak
itu menyorokkan senjata apabila merasakan tidak boleh menang pertempuran
dengan pasukan bersenjata Malaysia dan mereka kemudian meresap ke dalam
populasi penduduk.
Penduduk kampung kini percaya mereka ini akan kembali menyerang. Polis mungkin berkongsi kebimbangan sama.
Pada Mac, seorang pemimpin kanan polis menyatakan kebimbangan mengenai
pemberontak Sulu berkemungkinan menanam senjata mereka dan meresap ke
dalam penduduk kampung.
Bercakap dengan syarat namanya dirahsiakan pegawai polis itu memberitahu
pengganas Sulu tahu pada ketika itu mereka berada di pihak kalah dan
mungkin membuat keputusan bersembunyi sehingga situasi tenang.
“Terdapat kemungkinan besar mereka akan memulakan perang gerila sebaliknya untuk berhadapan dengan pasukan lebih kuat.
“Pencerobohan Lahad Datu memberi indikasi berlawan satu lawan satu
dengan pihak berkuasa Malaysia akan menemui jalan gagal kerana pasukan
mereka lebih kecil dan kurang bersenjata.
“Sebab itu, pihak berkuasa bimbang sebaik sahaja situasi tenang dan
majoriti tentera pulang ke berek, pemberontak Sulu yang masih ada akan
melancarkan serangan gerila.”
The Malaysian Insider melawat Kampung Tanduo dan mendapati tentera
ditempatkan di situ bagi menghalang pengganas Sulu kembali menjadikan
kampung itu sebagai kubu mereka.
Tentera tidak mahu memberi maklumat apabila ditanya tentang misi mereka,
hanya menyatakan mereka ditempatkan di sana selama-lamanya dan penduduk
asal dihalang daripada kembali.
Mahmud mengatakan terdapat pasukan kecil tentera ditempatkan di tepi
pantai di Tanjung Batu tetapi menyatakan kebimbangan beliau mereka
mungkin tidak dapat menangkis penceroboh.
“Kami mahu kerajaan tempatkan lebih ramai tentera di kawasan ini dan
tingkatkan keselamatan. Pada ketika ini hanya tentera mengawal
keselamatan dalam kawasan dan polis tidak meronda di sini.”
Difahamkan kerajaan sedang berunding dengan Felda untuk memindahkan penduduk Kampung Tanduo ke lokasi lain.
Pencerobohan Lahad Datu berlaku pada Febuari tahun ini apabila lebih 200
pemberontak bersenjata mendarat menggunakan bot dari Pulau Simunul,
Tawi-Tawi di Selatan Filipina.
Mereka mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara
dipimpin oleh Agbimuddin, adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan
Sulu, Jamalul Kiram III.
Agbimuddin mengatakan mereka mahu menyelesaikan pertikaian Filipina terhadap kawasan wilayah timur Sabah.
Pertempuran bermula pada 1 Mac diantara pasukan keselamatan Malaysia
dengan pemberontak bersenjata menyaksikan sembilan rakyat Malaysia dan
56 penceroboh terbunuh. Terdapat enam kematian membabitkan orang awam.
Pihak berkuasa mengatakan Agbimuddin dilaporkan sudah kembali ke Filipina walaupun ini dinafikan oleh Jamalul dan pengikutnya.
Setakat ini, 29 lelaki dan wanita sudah didakwa dengan pelbagai
kesalahan berhubung dengan pencerobohan termasuk melancarkan perang
terhadap Yang Dipertuan Agong, menjadi ahli, melindungi atau merekrut
individu menjadi ahli kumpulan pengganas.
Pihak berkuasa juga menahan lebih 100 orang di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma. Mereka yang tidak
didakwa di mahkamah Malaysia kemudiannya dihantar pulang ke Filipina
untuk berhadapan dengan pertuduhan di sana.
Mahmud mengatakan apabila pencerobohan berakhir, penduduk kampung yang
tinggal kembali memulakan kehidupan di perkampungan ini, iaitu di mana
terletaknya rumah mereka.
“Kami tidak mahu melaluinya sekali lagi, dan bimbang kehidupan biasa kami tergganggu sekali lagi.”
- SUMBER
kredit:beliabangkit
No comments:
Post a Comment