11 July 2013

Tepung Pelita

 

Antara adunan bahan – bahan:
Mulakan dengan  lapisan bawah dulu :
1) Gunakan 2 cawan tepung beras
2) Gunakan 1 sudu teh kapur sirih
3) Gunakan jus dari 7 helai daun pandan sebanyak 4 hingga 5 cawan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul
Untuk lapis atas :
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa – kalau boleh santan yang baru diperah baru rasa asli dan tidak berbau
2) Gunakan 1 senduk tepung beras
3) Gunakan  ½ sudu teh garam

  

Cara :
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.
4) Kemudian masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul.
5) Kukus sehingga masak anggaran 20 minit.
Untuk lapis bawah :
1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak.
nak tahu dah masak ke tidak cucuk dengan lidi kalau tak melekat masak la tu.
Jangan lupa anda boleh gunakan daun pisang sebagai bekas untuk masukkan tepung kuih ini atau beli saja bekas plastik ada kat kedai.

  

kredit:kuihkelantan

No comments: