Mengapa
masyarakat masih memandang ringan 'persandingan pengantin' sedangkan perihal
ini sudah dijelaskan oleh para ulama bahawa ia adalah haram?
Gambar Hiasan
Sehingga
ke hari ini kita masih dapat melihat banyak pasangan pengantin yang dihias-hias melampaui
batasnya serta disandingkan di pelamin yang gah. Berstatuskan 'Raja Sehari'
tidak memberi lesen kepada pasangan untuk bebas melakukan kemungkaran.
Hari ini
ramai yang beralasan, "Ah! Tak mengapa satu hari ja!". Akan tetapi
ingatlah bagi sang isteri yang dipertontonkan kepada ratusan atau mungkin
ribuan orang, apatah lagi jika terdedah auratnya atau dia berpakaian tetapi seperti
telanjang, maka bertambah-tambahlah dosa kedua-duanya.
Mengadakan
walimatul urus adalah sunnah. Sangat dituntut di dalam masyarakat Islam. Akan
tetapi hilanglah keberkatannya apabila dicampur adukkan dengan maksiat
bersamanya.
Adat
merenjis pula menghampiri daerah khurafat kerana perlulah diketahui asal
usulnya adalah kerana mencari keberkatan sebagaimana amalan masyarakat Hindu.
Perihal sebegini membuatkan pelakunya menghampiri kepada syirik jika tidak
diperbetulkan niatnya.
Konsep
persandingan hari ini juga tidak dapat lari dari bertunjangkan 'kemegahan'.
Wang ringgit puluhan ribu menjadi kertas-kertas kosong yang dibuang begitu
sahaja semata-mata untuk menjayakan persandingan ini. Akhirnya, ramai yang
kecundang ke dalam lubuk hutang sehinggakan anaknya sudah besar pun masih belum
habis lagi hutangnya.
Inilah
pembaziran yang sangat popular pada masa ini! Anak gadis moden hari ini juga
ada yang bertuhankan hawa nafsu sehingga membiarkan nafsunya memandu akalnya.
Hendak dikatakan jahil, mereka berpendidikan tinggi. Tetapi inilah akibat tidak
hidup bersama Islam, tidak tidur bersama Islam dan tidak bangun bersama Islam.
Syeikh
Abdullah bin Jibrin (bekas anggota ulama' senior) pernah menyatakan: “Tidak
boleh pengantin lelaki dan perempuan disandingkan di depan kaum perempuan sebab
demikian itu termasuk bukti hilangnya rasa malu dan mengikut tradisi
orang-orang jahil serta jahat, dan sewajarnya pengantin itu malu menampakkan
diri di depan orang ramai, bagaimana dengan duduk bersanding di tengah-tengah
kaum wanita, apa tidak lebih malu lagi?”
Adapun
persandingan yang dibenarkan adalah jika dilakukan di hadapan mahram serta
bersederhana, tiada unsur riak dan bongkak. Hukum wajib menghadiri jemputan
walimah juga gugur sekiranya majlis walimah terdapat unsur kemaksiatan.
(artikel
ini diperolehi dari fb. Pemiliknya saya tidak pasti, semoga penulis mengizinkan
untuk menyebarkan ilmunya.Saya meyalin semula di sini untuk tujuan amal makruf
nahi mungkar )
kredit:bumisertaisinya
No comments:
Post a Comment