04 August 2013

Apa Main Mercun .. Haishhh Jgn Cuba2 !!!



Jangan main mercun... yoppppp....


MERCUN PAPAN
hah nie mercun papan nilah antara mercun paling popular sekali
. harganya murah hehe..aku suka putuskan satu satu mercun nih ...savingla katakan tapi mercun ni cepat meletup!yang bagusnya bile meletup tak berapa sakit :)

MERCUN BOLA
Sapa yang tak tahu mercun bola nih?meh sini, mercun bola ni aku selalu lastik kat rumah orang... satu hari aku lastik kat rumah budak nih.. budak nih balas dendam kat aku :s EEE geramnya dia lastiknya kat bumbung rumah atuk aku ,  habis remuk bumbung rumah atuk aku ._."
mercun bola ni antara mercun paling bahaya dan banyak kecederaan yang
berlaku contohnye putus jari. wah!tak dapatla nak salam cium tangan mak ayah pasnih ek..hehehe

MERCUN TELUR
Ini adalah abang kepada mercun bola iaitu mercun telor hehe
saiznya yang lebih besar dan seakan telor membuatkan ianya
meletup dengan lebih kuat!

MERCUN MANCIS
Ni plak mercun mancis sebab kotaknya mcm mancis dan cara nak pasang pun
mcm nyalakan mancis hehe agak lambat tuk meletup!..(fakta menarik: benda ni boleh meletup dalam air!)

MERCUN KETUPAT
erm mercun ketupat paling mudah dibuat
tetapi harus diingat mercun ketupat ni sama bahaya seperti mercun bola!(fakta menarik:benda ni macam  mercun bola tapi dia punya bentuk jer laen)

MERCUN LEBAH
Penah tgk tak mercun kejar orang??hehe sapa2 belom tgk
dan tak tahu nilah mercun lebah...zirst!!!(fakta menarik: mercun ni sebenarnya tak kejar orang tapi 90% orang kata mercun ni kejar org

MERCUN NAGA
Inilah mercun yang paling disukai kanak2 hehe..
mercun naga ini mengeluarkan bunyi pop!pop! seakan
bunyi bertih jagung cumanya bertih jagung xkuarkan api hehe..(fakta menarik: ramai orang tak tahu mercun ni bley dekatkan dengan mercun roket pastu jadilah mercun rogon (ROcket+draGON)hu efek dia pergh best beb! cube try nnti k :)

MERCUN ROCKET
hah ini mercun yang paling aku suka mse kecik2 dlu hehe
mercun lada ataupun mercun roket..klu nk men tujukan kat atas
jangan mcm aku tujukan kt lembu hehe..(fakta menarik: sebenarnya mercun roket ni banyak jenis , ni antara yang aku tnjuk,yang warna kelabu tu mercun klcc,biru (besar) tu bunga and kecik biru tu biasa)

harga antara rm 10 and 50 (sekotak)
MERCUN POP
Mercun paling selamat dan dibenarkan hehe
Mercun pop,sesiapa nak main silalah main dengan
mercun nih gerenti tak cedera...konpem.HARGA RM 1 SEKOTAK / 2 KOTAK

 

MERIAM BULOOOOOOOHHHHHH!!!!!

Haha..nila yang paling tak digalakkan(haram) sekali meroyam buluh hehe
jgn bagi adk or anak dekat ngan menda ni fuh skali salah meletup!
batu dua la jawapnyer HEHEHE..

MERCUN THUNDERCLAP
Ini pulak Thunder clap,harganya agak mahal tapi bunyinya kuat membuatkan
ramai yang bermain dengan mercun nih..mercun nih juga dikenali sebagai mercun das :3

MERCUN GASING
Mercun gasing... hurm mercun ni sebenarnya ada dua jenis first yang spin dan bentuk dia silinder leper , secong bentuk dia berbentuk silinder panjang(aku rasa mercun secon tu lagi best because 1) dia tukar tukar warna 2) akhir ahir dia ada hint mercun naga 3) benda tu main 1000 kali pun tak boring (sbb result warna dia berbeza ,hari tu aku tengok ada yang warna ungu , putih , hijau, biru and merah)

MERCUN BATERI
Mercun bateri ni mercun yang TERBEST! mercun ni banyak digunakan di majlis majlis dan juga mercun inilah yang paling diminati masyarakat (sesetengah mercun bateri sah dan sesetengah tidak!)harga RM 50-100-250-500
 
MERCUN BOTOL

sebijik macam botol COke.. tu je yang aku bley bagi tahu ... aku tak prna maen mercun nieh T.T
 
 
 
 
 
 
Jgn Cuba2 ... Tgk Ni .. 
 
Warga Emas 55 Tahun Mangsa Mercun
 
Kota Bharu: Padah mencuba menyalakan mercun bola yang ditemui di luar rumah, seorang bapa tunggal empat anak cedera di tangan kiri dan badan, malah mengalami masalah pendengaran apabila mercun itu tiba-tiba meletup ketika dinyalakan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Lubok Jong, Pasir Mas di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, mangsa, Abdul Rasid Abdullah, 55, dipercayai mangsa mercun tertua di negara ini dibawa ke Hospital Pasir Mas oleh jirannya sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abdul Rasid berkata, sebelum kejadian, dia sedang bersendirian di depan rumahnya dan ketika berjalan-jalan, dia ternampak sebiji mercun bola yang masih mempunyai sumbu.

Katanya, dia memberanikan diri dengan mengambil mercun itu dan memeriksanya sama ada masih boleh digunakan atau rosak.

“Saya menyalakan mercun itu kerana mahu menguji sama ada masih elok atau rosak.

MyMetro
 


No comments: