Hari
Raya bakal menjelang tiba.Pastinya sudah ramai yang
sudah bersiap-sedia menyiapkan beberapa menu wajib seperti lemang ,
ketupat dan dodol.Untuk pengetahuan blogger semua , lemang merupakan
menu wajib bagi kami sekeluarga pabila tibanya Hari Raya.Ini bermakna ,
kami adik beradik akan bergotong-royong menyiapkan menu istimewa
ini.Untuk mencari buluh tidak susah kerana abah kami sudah menanam pokok
buluh dibelakang rumah kami di kampung.
Hari
ini , saya akan berkongsi dengan anda semua cara-cara membuat
lemang.Manalah tahu , tahun depan anda semua boleh mencubanya.Membuat
lemang tidak susah mana pun.Sambil buat lemang pun boleh bertwitter
ataupun ber’facebook.
Di
kampung, buluh lemang boleh dicari di hutan belukar,ladang getah atau
di tepi sungai.Bukan semua buluh boleh dijadikan buluh lemang. Hanya
buluh yang tidak terlalu tebal ataupun nipis dengan saiz diameter yang
sederhana sahaja. Buluh yang nipis akan pecah apabila dihentak (sewaktu
proses membakar) dan yang terlalu tebal akan menyebabkan lemang lambat
masak.Jadi,buluh yg terbaik untuk membuat lemang adalah buluh yg tidak
terlampau tua.
Buluh lemang yang terpilih akan dibersihkan dari debu miangnya dengan menggunakan sabut kelapa.
Kemudian , daun pisang muda digunakan untuk mengalas buluh lemang.Ia bertujuan untuk menaikkan aroma beras pulut yang dugunakan.
Gulung
daun pisang mengikut saiz buluh yang telah potong mengikut ruasnya.
Kemudian masukkan daun tersebut menggunakan batang pelepah pisang yang
telah dibelah dua (buatkan seperti penyepit). Sepit daun pisang yang
sudah digulung dan masukkan ke dalam buluh. Sebelum masukkan daun yang
bergulung itu, sumbat dahulu pangkal buluh tersebut (pada bahagian
ruasnya) dengan daun pisang yang dikeronyok. Tujuannya supaya lemang di
bahagian hujung tidak kotor terkena buluh. Oleh itu, semua bahagian
boleh dimakan kelak.
Beras
pulut dan santan yang sudah direndam (dan digaram) bolehlah dimasukkan
ke dalam batang buluh. Beras pulutnya dimasukkan sekitar 3/4 daripada
buluh. Kemudian, masukkan baki santan sehingga ke paras yang sama.
Sambil masukkan beras pulutnya, hentak sedikit-sedikit (perlahan-lahan)
supaya ruang kosong di dalam buluh dalam diisi dengan baik. Usah hentak
terlalu kuat bimbang nanti pulut tiada ruang untuk mengembang sewaktu
proses membakar.
Sementara
beras pulut dan santan diisi, tempat membakar lemang perlu disiapkan
terlebih dahulu.Dua pancang besi ditegakkan di kiri dan kanan
(bergantung kepada berapa banyak lemang yang akan dibakar). Pastikan ada
satu besi yang melintang di bahagian tengah sebagai tempat lemang
bersandar.
Apabila
tempat membakar lemang telah siap, hidupkan api dan lemang sedia untuk
dibakar.Apa yang penting semasa proses membakar lemang adalah proses
mengawal api suapaya supaya lemang tidak hangus. Jika mahu cepat masak,
api boleh besar tetapi harus rajin pusing-pusingkan lemang supaya
masaknya rata.Anda harus pandai bagaimana hendak mengawal api tersebut.
Setelah
lemang mendidih dan berbuih-buih ( santan menggelegak), boleh
dihentakkan lemang supaya menjadi padat. Lemang yang tidak padat tidak
akan nampak menyelerakan.
Apabila
buluh lemang mula layu dan setelah dibakar sekian lama (lama proses
pembakaran bergantung kepada besar/kecil ataupun jauh/dekat api), lemang
pun masak.
Sesudah itu, bolehlah lemang dibelah dan dinikmati bersama-sama rendang.Lemang telah sedia untuk dihidang di pagi Aidilfitri.
kredit:azimAris
No comments:
Post a Comment