Lagi Kes Tembak - Ahli perniagaan ditembak mati dari dalam kereta
KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam
kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah
kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di
Penampang kira-kira pukul 10.15 malam semalam.
Lelaki itu
dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis,
tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam tadi.
Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang
dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan
beberapa rakan, lapor Mstar Online.
Sebaik sahaja beliau
meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang
sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera
memecut.
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan
mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki
itu ke hospital.
Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.
Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment