Lagi Kes Tembakan
KOTA
BHARU 5 Ogos - Seorang lelaki yang cedera parah selepas ditembak dalam
kejadian di sebuah kedai makan di Kampung Gong Mengkelih, Pasir Puteh
dekat sini awal pagi ini, telah meninggal dunia petang ini.
Mangsa, Amirul Tajo Nasir, 40, meninggal dunia di Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 1.20
petang ini.
Dalam kejadian tersebut, mangsa terkena beberapa das tembakan dari jarak dekat di dada, perut dan punggung.
Selain itu, seorang lagi mangsa, Nor Hadiyana Zakaria, 25, yang ketika
itu berdiri di sebelah Amirul Tajo, cedera ditembak lutut kanan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika
kejadian, Amirul Tajo dikatakan sedang minum di kedai tersebut sebelum
dua lelaki bermotosikal berhenti berhampiran mangsa dan melepaskan
beberapa das tembakan kira-kira pukul 5.15 pagi ini.
"Siasatan
awal mendapati pada 15 minit sebelum itu, mangsa yang minum bersama dua
rakannya telah memanggil pemilik kedai untuk membayar harga minumannya,
pemilik kedai tersebut telah meminta anak angkatnya (Nor Hadiyana)
supaya mengambil wang tersebut.
"Ketika Nor Hadiyana berbual
dengan mangsa tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal Jenis
Yamaha LC warna merah dan hitam, kemudian berhenti berhampiran mangsa
dalam jarak lebih kurang dua meter dan pembonceng motosikal telah
melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.
"Amirul Tajo yang
tidak bekerja rebah manakala Nor Hadiyana berlari masuk ke dalam kedai
selepas terkena tembakan. Kedua-dua mereka di bawa ke HUSM untuk rawatan
lanjut namun Amirul Tajo meninggal dunia petang ini," katanya di sini
hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment