SEPULUH
jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi
Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan
Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1)
perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5)
perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok
zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang
menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6)
perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan
dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang
boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak
berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa
mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci
selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7)
perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada
api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat
lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8)
perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang
melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9)
perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti
keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka
berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10)
rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking
masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam
kredit:istimewa2u
No comments:
Post a Comment