Manusia dijadikan Allah yang utamanya adalah untuk beribadah
kepadaNya.Anugerah terbesar dari ArRahman kepada ciptaanNya adalah anugerah
aqal yang bertujuan untuk memikirkan kebesaranNya dan keagunganNya. Namun sudah
menjadi lumrah manusia biasa yang kebiasaannya akan sentiasa lupa dan lalai.
mengejar dan terus mengejar segala-galanya yang sudah pasti tidak akan ada
penghujungnya.
Sudah menjadi fitrah manusia yang sentiasa berkeinginan dan mempunyai daya kemahuan yang tinggi. Tidak cukup untuk melengkapkan keperluan, manusia juga sentiasa berkeinginan melengkapkan segala kemahuan..apa kesudahannya...???apabila tiada, manusia akan memohon untuk dikurniakan rezeki yang sekadar mencukupi, tetapi apabila sudah mendapat rezeki yang mencukupi, manusia akan memohon pula untuk diberikan apa yang dikehendaki. mengejar dan terus mengejar duniawi tanpa disedari melupakan kehidupan yang hakiki. Aqal yang seharusnya digunakan untuk memikirkan cara mendapatkan keredhaan Ilahi digunakan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia..Akhirnya jadilah manusia itu sebagai hambaNya yang kurang atau tidak tahu bersyukur.Malahan bertambah teruk apabila diuji dengan sedikit ujian mereka akan cepat mengeluh dan merintih.Tidak langsung memikirkan nikmat yang selama ini telah dianugerahkan Allah kepada mereka.

Manusia selalunya alpa dengan janji Allah yang telah menjanjikan kesenangan dan kelebihan kepada orang-orang yang sabar dan sentiasa bersyukur. Mereka hanya yakin bahawa apa yang mereka kecapi dan miliki adalah hasil titik peluh dan usaha mereka sendiri.Bagi mereka, semakin banyak kehendak mereka yang dapat mereka penuhi maka akan makin tinggilah kedudukan mereka di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa segala yang mereka kecapi adalah hasil dari aqal fikiran yang mereka gunakan dan aqal itu adalah anugerah terbesar Allah s.w.t kepada mereka.Mereka hanya pandai menggunakan anugerah itu untuk kesenangan diri mereka sendiri di dunia tanpa berterima kasih kepada Yang Maha Memberi anugerah. Sesungguhnya amat rugilah mereka itu kerana lupa menggunakan anugerah terbesar itu untuk memikirkan tentang kepentingan mereka di akhirat kelak.
Jika kita lihat dunia sekarang, yang kaya bertambah kaya, yang cantik bertambah cantik.Namun mereka tetap tidak pernah puas dan berasa cukup dengan apa yang mereka ada,terus mencari dan mencari untuk menambah kekayaan mereka walau dengan apa cara sekalipun dan yang cantik akan melakukan apa sahaja untuk menambahkan kecantikan diri sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t..Maka jadilah mereka orang-orang yang hati mereka tidak akan pernah tenang kerana selalu mengejar dunia mereka sendiri.Akhirnya mereka tercungap dan keletihan tanpa sempat merasa bahagia dengan apa yang mereka ada.
Sesungguhnya hendaklah kita sentiasa ingat bahawa orang yang bahagia itu adalah orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada kerana mereka punya masa untuk mengecapi setiap perkara yang hadir dalam hidup mereka.Apabila kita mengejar dunia,akhirat akan lari meninggalkan kita tetapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kita.Setapak kita melangkah menuju kejalan yang diredhai Allah,selangkah redha Allah akan mengejar untuk memayungi perjalan kita.Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi manusia luar biasa yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat sama ada nikmat kesenangan atau nikmat kesusahan yang telah dikurniakan.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA DAN IKHLASLAH DENGAN APA YANG TIADA.
kredit:anugerahrindu
No comments:
Post a Comment