Eheemmmm…Raya dah nak dekat.
Heheh dah tentu si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang
menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran…..
Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah,
saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan
hati kepada kaum keluarga, bukan!
Baju mana yang nak di pakai?
Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju…… Iyerlah, pertama kali bertemu muka
dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan
tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’….
Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu
merah’!
Tip 1 : Jaga Penampilan - Pakai
baju yang macam bajuFikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari
tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut
pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata
memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya
jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu.
Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.
Tip 2 : Bawa Teman - Teman yang
bleh dipercayai (bukan teman yang ber'tanduk' dua)Elok jika anda membawa teman ke
rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan.
Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan
anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya
sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula
keistimewaan anda di mata keluarganya.
Tip 3 : Kenali Ahli Keluarganya -
Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekanTeman anda tentu
selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia
boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa
anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat
keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam
keluarga si dia.
Tip 4 : Jaga Adab Sopan - Makan
sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu‘First impression’ selalunya
memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda.
Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan
bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika
bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.
Tip 5 : Bersikap Ramah Mesra -
Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan niMulakan
perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya
ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong
kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’
semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia
boleh mengeruhkan perhubungan!
Tip 6 : Murahkan Senyuman -
Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molekJangan panik semasa bersemuka dengan
keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti
tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu
dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang
busuk’ pulak!
Tip 7 : Sediakan Buah Tangan -
Buah tangan je jgn plak kasi buah buku limaAdab menziarah, buah tangan pasti
dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa
sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya
tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda
jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!
kredit:istimewa2u
No comments:
Post a Comment