Alkisah di sebuah pulau
kecil, tinggallah benda abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
Pada awalnya mereka hidup
bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, iba-tiba
badai datang dan menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba
bergelombang, menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau
itu. Semua penghuni di pualau itu segera berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat bimbang
kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi
pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki
CINTA. Tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
“KEKAYAAN! KEKAYAAN!
Tolonglah aku!” teriak CINTA. Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, “Oh, maafkan
aku, CINTA!” kata KEKAYAAN.
“Perahuku telah penuh
dengan semua hartaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan
tenggelam. Lagipun tidak ada ruang lagi untuk kau di dalam perahuku ini.”
CINTA amat sedih sekali,
namun kemudiannya dia melihat KEGEMBIRAAN melintas di hadapannya dengna menaiki
sebuah perahu.
“KEGEMBIRAAN! Tolonglah
aku!” teriak CINTA. Oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira berjumpa dengan
sebuah perahu, dia tidak langsung menghiraukan teriakan CINTA. Air semakin naik
sehingga menenggelamkan CINTA separas pinggang. CINTA semakin panik. Tidak lama
selepas itu, KECANTIKAN datang melintasi di depannya.
“KECANTIKAN! Bawalah aku
bersamamu!” teriak CINTA.
“Wah, Cinta. Kamu sudah
basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersamaku. Nanti kau akan mengotori
perahuku yang indah ini.” Sahut KECANTIKAN. CINTA amat sedih dengan jawapan
itu. CINTA mula menangis teresak-esak.
“Apa kesalahanku? Mengapa
semua tidak mahu mempedulikanku?” kata CINTA dalam hati.
Ketika CINTA sedang
menangis, lalulah pula KESEDIHAN dengan perahunya.
“Oh, KESEDIHAN. Bawalah
aku bersamamu,” kata CINTA.
“Maaf, CINTA. Aku sedang
bersedih dan aku kini ingin bersendirian…,” kata KESEDIHAN sambil terus
mendyung perahunya perlahan-lahan.
CINTA sudah mula berputus
asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar
dirinya akan diselamatkan. Dia berdoa kepada Tuhan. “Oh, Tuhan. Tolonglah aku,
apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat yang sangat
kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya. “CINTA! Mari cepat naik
ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat sang tua berjanggut
panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun menaiki perahu itu
sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di
pulau yang berhampiran, sang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan
pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui
siapakah gerangan sang tua yang telah menolong dan menyelamatkannya. CINTA
segera bertanya kepada sang tua yang yang menduduki pulau tersebut, siapakah gerangan
sang tua pendayung sampan itu.
“Oh, sang tua itu? Dia
ialah ‘WAKTU’,” kata sang tua di pulau.
CINTA pun bertanya lagi.
“Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tidak kenal dia. Sedangkan
kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya CINTA
kehairanan.
“Sebab, hanya WAKTU lah
yang tahu betapa berharganya CINTA itu..” kata sang tua itu. Setelah itu,
fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini.
No comments:
Post a Comment